aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
Seberapa pantaskah kau untuk ku tunggu
Cukup indahkah dirimu untuk selalu ku nantikan
Mampukan kau hadir dalam setiap mimpi burukku
Mampukah kita bertahan di saat kita jauh

Seberapa hebat kau untuk ku banggakan
Cukup tangguhkah dirimu untuk selalu ku andalkan
Mampukan kau bertahan dengan hidupku yang malang
Sanggupkah kau menyakinkan di saat aku bimbang

Celakanya
Hanya kaulah yang benar-benar aku tunggu
Hanya kaulah yang benar-benar memahamiku
Kau pergi dan hilang ke mana pun kau suka

Celakanya
Hanya kaulah yang pantas untuk kubanggakan
Hanya kaulah yang sanggup untuk aku andalkan
Di antara pedih aku slalu menantimu

Seberapa hebat kau untuk kubanggakan
Cukup tangguhkah dirimu untuk selalu ku andalkan
Mampukah kau bertahan dengan hidup ku yang malang
Sanggupkah kau menyakinkan di saat aku bimbang

Mungkin kini kau telah menghilang tanpa jejak
Mengubur semua indah kenangan
Tapi aku selalu menunggumu di sini
Bila saja kau berubah pikiran


  posted by aiza farina @ 7:11:00 AM


Sunday, February 29, 2004  

 
Assalamualaikum....

Had a reactor test today....too long..tak sempat siap...hampeh. Kalau tak siap cam a part aku tak komplen....ini... ish..benyak betul tak siap. Ada lg satu mid term monday ni...fuhh...

Result spm keluar dah....adik aku pon dah lega dah dapat result dia...not bad. A few days before..aku pon sama cuak ngan dia.

Tadi tengok Kal Ho Na Ho. Dah lama betul tak tengok hindustan. Memang sedih la citer dia. Mesti korang nak kata, eleh semua benda aku kata sedih...citer lah lagu lah...haha..nasiblah. Tapi yang aku sendiri rasa pelik first tengok armageddon aku rasa sedih giler padahal citer takdelah sedih mane pon sebenarnya....pms kot.

Spring break ni macam kene tak pergi mane-mane je. Tiket flight mahal sangat...amtrak pon mahal. Ni yang aku nak komplen ni...dahlah kene dok rumah sorang-sorang....tak puas hatinye....aku pon nak jugak....

Food dekat us ni semua dah boring makan...dari chinese food sampailah fish fillet,fries, pizza jgn citer laa. Sekarang ni rasa cam best gile kalau dapat masakan kampung macam masak lemak pucuk ubi ke,pucuk paku ke...pastu ikan keli goreng cili ke, ikan bakar dengan air asam ke...

Tau komplen je kan aku ni. Kadang-kadang aku rasa sangat sick dengan life...macam nak terjun sungai ke...i mean, i don't have anything to lose....tapi akan masuk neraka laa...which shows that only faith could keep you from doing undesirerable things. Tapi tengok orang yang nak hidup pon susah, handicap ke, perang ke...tapi still trying untuk just survive dalam dunia ni. I mean diorang pon tak mintak jadi camtu kat diorang...benda tu dah takdir and i obviously is having a better life but still whining...it makes me feel guilty.

Aku selalu rasa yang hidup aku tak seperti aku harapkan. Tapi itulah, what right do i have to lead a better life than others. I mean kite memang boleh usaha tapi certain things are just beyond our limit and these are the things that differentiate the lucky people and the less fortunate. The best thing is bersyukur dengan apa yang kita ada dan bertawakal dalam hal-hal macam ni.

oklah. Nak tido. wassalam.

  posted by aiza farina @ 12:00:00 AM


Saturday, February 28, 2004  

 
Assalamualaikum...

Hari ni 2 ekor ikan mas aku mati. sangat sedih. Lagipon tu ikan yang last tinggal yang kitorang beli kat petsmart. Lepas tu air kat dalam aquarium tu sangat penuh padahal selalu tak pon. Semalam housemate aku bawak kawan dia balik lepas tu kawan dia tu mabuk. Agaknya dia ada tuang alcohol dalam aquarium tu....jadi ikan tu mati. Aku sangat sedih hari ni sebab ikan tu dah besar dan gemuk. Sekarang tinggal ikan laga 2 ekor peninggalan k noris je ade. tolonglah hidup dengan baik.

Tadi ntah kenapa aku baca balik entry masa aku baru-baru start tulis blog. Terasa life masa tu cam sangat best dan ceria. Lagipon masa tu tengah muda lagi....masalah pon tak banyak lagi. Sekarang semua bende nak kene fikir..benda yang tak patut fikir pon nak fikir jugak.

Masa jalan balik rec semalam aku terfikir in about a year and a half or so dah nak tigalkan tempat ni. I know i'm going to miss it terribly...the life and experience, the memoirs also the cold winter. The cold part is not fun and so is the slippery roads. Tapi aku sangat suka bila snow turun lightly and masa tu tengah tak sejuk sangat...especially kalau malam.

laterlah.oh, selamat menyambut maal hijrah.



  posted by aiza farina @ 11:54:00 PM


Saturday, February 21, 2004  

 
Assalamualaikum....

Sekarang ni tengah lepak kat chem e lounge lagipon computer aku takde internet connection. Sebenarnya tak nak update pon tapi dah tak tau nak buat apa sebab geram dengan hw yang kira tak abis2 dan tak betul2.

Hari ni best sebab tak panas...lagipon aku rasa cam nak senyum je sepanjang hari sehinggalah sekarang. Masa petang tadi dalam chem e louge takleh buat hw sebab sibuk dengar mamat2 ni bercerita...ngan main paper jet.

Eh dahlah.... tak nak tulis dah. later.

  posted by aiza farina @ 6:50:00 PM


Thursday, February 19, 2004  

 
Assalamualaikum...

Selamat hari raya aidiladha to all. Raya haji tahun ni tak rasa cam raya pon. First pasal aku tak gi solat raya sebab terbangun lambat subuh pon gajah...siot je. Second pasal takde semangat raya pon...kat rumah pon makan bubur balance aku masak the day before.

Sekarang ni dalam otak aku asik ada lagu Asmara Ini-Fazley...biasa je lagu... dia aku tau pon pasal tengok citer Janji Diana yang tak best. Tapi dalam citer tu faizal hussin nyanyi lagu ni, so cam comel jugak. Anyway aku memang dari dulu rasa faizal hussin best pon, walaupun sekarang dia asik jadi gangster je. Lagi satu, lagu Seribu Bayangan-Damasutra sangat best... memang old school abis la...lagu fav aku sekarang selain Sayang-KRU.

Aku baru tau ada class Arab malam...Arab 2 rasanya. Kalau tau dah lama aku ambik walaupun maybe niat aku lari sikit laa...still...ish, kalaulah aku ambik agaknya....

Oh tadi aku terfikir cam mat saleh kan, kalau orang tua bahasakan dengan budak nanti dia panggil son eg "come in, son","what are u doing ,son" walaupun bukan anak dia tapi dia anggap macam anak macam orang melayu panggil "nak/anak". Tapi tak nah dengar lak dia sebut daughter...

Lupa pulak, boleh ke dalam bahasa melayu start ayat dengan 'tapi'? Rasanya tak boleh, tapi tak sure pulak. Dia kene letak kat tengah and ada comma before cam ayat aku before ni kan? Asal la aku tanya kat sini...bukan ada orang nak jawab pon...pening betul dah aku ni.

Orait, later. wassalam

  posted by aiza farina @ 9:54:00 PM


Tuesday, February 03, 2004  
Powered By Blogger TM