aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
Assalamualaikum...

Hmm....dah start Ramadhan dah, Alhamdulillah. Selamat berpuasa kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa pengertian yang bermakna dan kesan positif yang mendalam di dalam jiwa kita semua.

Masa kecik2 dulu sampailaa aku dekat stf, aku rasa paling selamat dalam bulan Ramadhan sebab masa ni syaitan semua diikat. Tapi sekarang aku rasa musuh paling besar sekali sebenarnya ada dalam diri aku jer...takyah gi jauh2 pon...nafsu. Nafsu makan, tidur, buat jahat, malas , main game, tak nak study, tak nak beramal, byk lagha etc.

Lepas tu yang aku tau roh-roh dalam dikubur tak disiksa dan dilepaskan. Aku tak tau sumber ni betul ke tak...tapi kalau ye aku hope roh arwah wan aku datang melawat aku....aku rindu sgt dia. Dia meninggal masa aku dekat ppp...masa tu first day tgh register utk summer sesion. Aku juga berdoa Allah panjangkan umur atuk aku, satunya2 grandparent yang aku masih ada lepas wan aku meninggal. N'ways, tolong betulkan kalau salah sumber yang roh dilepaskan masa Ramadhan.

Baru perasan yang aku dah jadi sangat sensitif dan emotional. Senang menangis, kuat merajuk...hmm...what has become of me?? curious...curious...

Ada test fluid week ni...doakan aku berjaya. Kesian Aernie dia ada 4 tests in a week. Kalau aku dah pening2 dah...tapi sebab aernie lagi rajin dari aku, dia memang lagi pening laaa...huhuhu. Takpe aernie, aku percaya ko boleh buat.

Oh adik lelaki kesayangan aku tu nak spm next week. Risau aku...setiap kali dia nak exam mesti aku risau sekali, dari dia upsr lagi...dia pun memang cuak la tak yah cakap. Masa trial hari tu dia demam...hehe...sama je macam aku yang masa trial spm kene chicken pox. Tapi dormmates dia pon ada jugak yang demam so aku rasa musim kot, bukan pasal cuak. Tolong doakan adik aku berjaya jugak ye.

Ni lyrics lagu lama yang aku tengah dengar...rasa macam sweet....argh...rasa nak muntah tulis macam ni
Can't help falling in love with you

Wise men say only fools rush in
But I can’t help falling in love with you
Shall I stay
Would it be a sin
If I can’t help falling in love with you

Like a river flows surely to the sea
Darling so it goes
Some things are meant to be
Take my hand, take my whole life too
For I can’t help falling in love with you
For I can’t help falling in love with you

Oklah, later.
wassalam

  posted by aiza farina @ 11:17:00 PM


Sunday, October 26, 2003  

 
Assalamualaikum...

Heh...exam polymer tadi macam sayur...habis hancur. Told my friend that when the TA said there's 5 minutes left, I haven't even started question 4 yet. She was like "oh, really" with a surprised face...masa tu aku rasa macam nak bunuh diri. Brother yang kat sebelah kitorang tu dah gelakkan aku dah...mentang-mentang dia senior, huh. N'way they are both Indonesians, but when we converse together we'll speak english. It sounds really weird I guess if I speak malay with her....hahaha....though one day I would try to.

So, Kak Rus came and we had a little chat (the formal one that is). Tapi dia tidur kat rumah aku so memang banyak laa juga bercerita dengan dia. A very nice person that she is , sedih juga rasanya dia dah nak balik mesia. Dahlah malam tu dengan baru sampainya, dengan tak rest laginya, dia boleh lagi masak sambal utk nasi lemak kitorang yg esok tu...and masa tu dah tengah-tengah malam dah.

Kalau aku duduk depan computer and winamp tengah pasang, kerja aku asik tukar lagu aje. Aku rasa macam tengah buat song request kat winamp tu.

Kenapa malam ni aku tulis ayat panjang-panjang dan berbelit-belit ?

Oh right, Aernie bought a new set of fishes. I named two as Aleksey and Mike sempena nama my two fishes yg mati hari tu. Sedihnya tak ingatlah esp masa mike mati sebab Mike tu dah baik ngan aku. Dia ikan laga so dia dok sorang-sorang...and asal aku nak bagi makan jer nanti aku panggil dia dulu lepas tu dia naik baru aku kasi makan. Tapi hari dia mati tu aku tak sempat nak kasi dia makan sebab aku penat gila nak pengsan ....tapi aernie dah kasi makan dah. Esok tu aku bangun tgk dia dah terjun keluar bunuh diri and dah mati....memang sedih tak ingat and miss nya mike tu.

Sepanjang weekend ni aku asik teringat polymer exam je sampai terlupa ada hw statistic due esok...haha I mean seriously terlupa statistic ada hw...rasa cam dtg lecture dgr2 dah. Aight, got to do my hw.

wassalam


  posted by aiza farina @ 9:21:00 PM


Monday, October 13, 2003  

 
Assalamualaikum....

Alhamdulillah...dah abis dah 2 tests. So next week ada thermo pula and week after tu ada polymer yg sampai sekarang aku tak tau apa berlaku dalam class tu. Blur habis lah. Lepas tu weekend before polymer mid term tu dengar kak rus MARA nak datang. Nak jumpa sorang-sorang...hah...agak seram juga. Lepas jumpa dia nanti mesti aku bersih sebab puas kene basuh ngan dia. Well, that is kalau betul laa dia nak jumpa sengsorang and kalau jadi dia datang. She's a nice person though, as far as I know, very sisterly.

Akhirnya semalam tengok jugak Pirates of the Carribean yang dah basi orang tengok. Dahla aku start nak tgk dr before dia keluar lg ,tapi dia kuar masa kat Mesia, sampai sini still ada lg tapi tak sempat2 tgk and lastly semalam ingat nak tengok Underworld tetibe nampak ada lagi kat crown e block tu. Dah rezeki aku....4 bulan aku tunggu...ni sumer Orlando Bloom punya pasal. Tapi serious best laa....kalau nak tengok lagi pon aku memang takde masalah punyer.

Kenapalah masa dekat nak test masa tu laa ngantuk, tak larat stay up, takde mood, batuk makin teruk, selsema pon datang, rasa nak demam pula tu. Ujian semua ni.

Heh, dah tau ujian lagi tak nak lawan semua tu. Kena berusaha bersungguh-sungguh ni.

Wassalam

  posted by aiza farina @ 1:07:00 PM


Saturday, October 04, 2003  
Powered By Blogger TM