aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
Assalamualaikum...

Tadi gi KLCC ngan Aernie...fuhh...dah lama tak jalan-jalan gi shopping complex. Best aaa gak....tapi satu je yang tak best nye dekat malaysia ni salesperson dia tak friendly sangat. Lepas tu orang yang jaga counter pon jarang-jarang ckp thanks... senyum lagi laa tak payah.

Hari tu pergi pasar malam ngan bapak aku. Tetiba aku dengar ada orang sebut satu nama i...nama kawan aku masa sekolah rendah. Aku pon toleh laa lepas tu nampak sorang mamat ni tengah salam dengan orang yang panggil dia tadi. Rupa-rupanya kawan aku
sekolah rendah. Aku pon pandang jer dia...rasanya obvious jugak sbb aku kalau tengok
orang memang obvious...kalau kat chem e lounge tu fazdlee selalu perasan aku tengok
orang tapi tak tau laa dia tau ke tak aku tengok sapa. Ok back to kawan aku ni,aku rasa nak tegur tapi aku takut dia tak ingat aku plus aku sangatlaa segan nak tegur... masa tu rasa dilema giler. Aku pon tak tau apsal aku tak gi je approach. Lagipon dia kawan lama yang rapat pulak tu dengan aku masa sekolah rendah dulu.

Aku kenal dia dari darjah 1 sampai 6 kitorang sama class. Masa darjah satu lagi dah start kawan dah pon. I was really close to him esp masa Std 3 sbb kitorang duduk berdepan. Lagipon masa tu tak develop sangat lagi feelings yang complicated ni... so selamba jer laa. Aku ingat lagi masa darjah 5 adik dia yang kecik lahir...masa tu dia excited sangat citer kat aku ngan sorang lagi kawan aku... lepas tu dia suruh aku teka nama adik dia, dia kata macam nama ikan... aku pon keluar laa mas, pari,sampai bawal,kembung,puyu pon aku sebut...rupa-rupanya fatin; macam ikan patin.

Kalau main cards pon nanti kitorang selalu geng main tipu... biasanya main old maid laa sbb nanti dia duduk sebelah aku and tunjuk aku card mana yg dia ada yang match dgn card aku sebab card aku semua dia nampak (aku tak reti jaga jgn bagi org nampak).. tapi kalau dia yg dpt old maid tu selamat laa dia pass kat aku.Satu benda yang aku impressed ngan dia sebab dia dah hafal yassin masa tu darjah 5 ke 6. Maybe laa orang rasa biasa jer tapi aku still kagum. Lagipon dia rajin pegi skolah agama gak tak macam aku selalu ponteng walaupun bukannya sama sekolah;aku kat taman permata dia kat keramat.

Kesimpulannya,I saw and old friend whom I very much longed to meet, yang aku miss giler
... aku pon tak tau kenapa laa hari tu aku tak tegur... dah sembilan tahun tak jumpa tiba-tiba terjumpa aku tak tegur giler menyesal laa. Sebenarnya aku malu nak main panggil2 jer orang... lagipon dia macam dah tak ingat jer rupa aku... kalau dia perasan aku kat situ laa.
Aku pon kalau tak pasal orang yang panggil tu sebut nama dia memang la tak cam... lain giler... dulu comel tak ingat laa... sekarang dah lain only that his eyes and his smile yang buat aku confident dia memang kawan aku.

Fuiyoo... panjang giler aku cerita. Ni pasal aku dok rumah lepas tu tak banyak communication. Maka aku cerita je laa... walaupun aku tak tau sapa yang baca... actually aku tak tau pon ada orang baca lagi ke tak...hehehe.

Alright, doakan kebahagiaan aku:P. wassalam

  posted by aiza farina @ 7:40:00 AM


Tuesday, June 17, 2003  

 
Assalamualaikum....

Sekarang ni dah seminggu dah aku kat Malaysia. Adik aku pon semua dah balik sekolah. So aku jadi cam anak tunggal yang takde keje.

Pagi tadi je aku dah jemur kain, rendam kain, potong cili, basuh pinggan,etc. Rasa cam suri rumah sepenuh masa lak.
Nanti tgh hari sket kene masak pulak...sapu sampah lagi. Last week aku balik kg ngan ajar adik sbb dia dah nak spm.
Kesimpulannya, aku tak gi merayap mane2 pon lagi. Giler kontra laa ngan aernie yg sampai2 terus gi klcc..haha.

Hari tu kat tv kuar ada apa dgn cinta. First time aku betul2 paham apa dia ckp...tu pon pasal ada subtitle kat bawah tu. Sedih siot...tapi sajak dalam tu memang best aaa pada aku.

Dah jumpa dah 4 orang sepupu aku yg aku tak sempat jumpa before fly sbb diorang belum lahir. Yang srg tu bapak aku dah bagitau dah muka dia macam aku masa kecik. Aku jumpa hari tu memang ada ah rupa aku masa kecik...beza aku lagi bulat jer...cousin aku tu dah kurus sket pasal di demam...before tu sama bulat pon.

Malaysia serious panas...tapi aku rasa minnesota pon masa ni maybe sama panas jer ngan malaysia. Bezanya kat sini kalau gi jalan2 adalah sangat crowded yg tambah lagi kepanasan yang sedia ada.

Kalau tangan tgh pedih/ panas pegang cili lepas tu mata gatal memang tension aaa...

Aku ada hobi baru....belajar tulis sonnet(a kind of poetry)..ntah kenapa ntah...terpengaruh kot . Alamak, teringat homework literature tak buat lagi. Pengsan laa camni.

Orait, later.

  posted by aiza farina @ 9:12:00 PM


Sunday, June 08, 2003  
Powered By Blogger TM