aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
Assalamualaikum....

Alhamdulillah ada lagi 2 lab je tinggal. Semalam lab kene tumbuk bunga cengkih sebab nak dapat oil dia. Masa tumbuk bunga cengkih dalam lesung marble(rasanye laa) tu serious terasa cam gadis kampung bila compare ngan mat saleh sebab telah berjaya menumbuk dengan expertnye...hohoho.

Bila laa nak dapat 1-20 yang baru ni...aernie dah dapat email dah kata boleh amik...izrin tak yah citer aaa memang dengan advancenye dah dapat awal2....aku??? Oh, penantian itu satu penyeksaan....tapi sabar tu sebahagian dari iman. Hmm...terseksa pon kene bersabar jugak...walaupun hari tu aku pon dah mimpi2 dah ada kat Malaysia dah.

Kadang-kadang rasa cam aku ni pelik...kebanyakan benda yang aku buat or tak nak buat kadang-kadang tu memang tak nampak reason dia tapi aku buat macam tu sebab tu that's how I think....or aku rasa something should or shouldn't be done like that while others don't think so. Ok aku dah start cakap berbelit-belit.

When I write something, aku akan tulis macam mana aku bercakap. So kadang-kadang bila someone baca apa yang aku tulis loudly and intonation or expression dia lain aku akan rasa sangat pelik. I mean like.... "Hey, I never wear that expression when saying that. How can you read it like that? Isn't that supposed to be me talking?"

Generally, orang lelaki makan banyak dan orang perempuan makan sikit. So, aku memang heran kalau orang lelaki makan sikit sama macam diorang boleh heran kalau tengok aku makan banyak. Tapi maka banyak punca gelapnya hati maka marilah kita semua makan ala kadar sahaja. Seperti biasa, aku hanya mampu mengajak tapi nak actually buat macam tu memerlukan kekuatan....hehe.

Orait, later. Salam.

  posted by aiza farina @ 3:48:00 AM


Friday, April 25, 2003  

 
Assalamualaikum....

Elyn, eppy besday...sorry tak dapat join korang sumer sebab sumer org dah tido...aku je jaga sorang2 sebab dah tido awal2 lagi.

Organic lab hari ni sangat tak best....lambat siap, penat, tapi alhamdulillah aku tak luka mane2 and tak pecahkan separatory funnel =). Cukuplah hari tu tangan aku kene setitik concentrated sulfuric acid ada lagi parut dia.

Tadi buat pertama kalinya aku ngan aernie kantoi balik awal lecture dengan lecturer bio...rasanya tak pernah lagi aku kantoi selama-lama ni tetiba tadi dah nasib. Lecture tu bosan sangat abis tu masa break yg 5 min kitorang cabut laa...tapi lepak luar hall tu nak sarung jacket. lepas tu nampak labmate kiotrang ni Sam balik jugak...kitorang pon gelak2 sebab sume org cam tak larat nak tunggu. Kebetulan hari ni dia amik attendance pulak. Tengah gelak2 tu toleh depan ada lecturer. Hah, dia pon datang dekat kitorang tanya nama dan section dengan rupa yg macam nak telan kitorang jer. Lepas tu dia kata dia nak cancel nama kitorang dekat kertas attendance yg dia dah amik tu. Tersenyap sumer org...amik ko kene marah. Lepas ni aku nak dtg lecture pon pikir2 gak...sebab dia suka soal org nanti mesti aku kene soal nye laa...dah laa obvious ada 2 org je pakai tudung dlm lecture tu.

Tengah dengar Impian Kasih- in-team....pada aku memang best aaa esp bagi orang macam aku yg suka dengar lirics....esp this particular

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga


Bahagianya kalau aku mampu jadi macam tu...solehah...tapi sangat banyak benda kena betulkan dulu...itupun still masih jauh lagi. Lagi satu nasyid yg aku suka dengar Hanya Tuhan Yang Tahu - UNIC. Iyer, dua-dua pon jiwang. Nasib laa.

Orait....later.

  posted by aiza farina @ 11:54:00 PM


Thursday, April 17, 2003  

 
Assalamualaikum...

These last few days hadn't been good. I was kind of moody on and off....macam ribut. Rasanya masam aku kalau harimau tengok pon lari. But yes, thanks for my friends yg concern and cheer me up.=)

My last entry rupanya menimbulkan curiosity kepada orang. Msg tak sampai...hahaha. Ok tak, aku tak minat mamat ni...tapi dia memang menarik aaa. Rasanya banyak lagi benda berfaedah yang boleh dibuat dari keje perati orang.

Ni ada kawan aku forward:

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Aight. Dah takde apa nak tulis.

  posted by aiza farina @ 9:02:00 PM


Friday, April 11, 2003  

 
Assalamualaikum....

Malam tadi ada fundraising dinner for people in Iraq tapi aku tak pergi. Ada qiamullail jugak tapi aku tak pergi. Rasa rugi gila......bersalah pon ada jugak.

Tak tau kenapa tapi aku rasa nak share apa yang aku tau about this one person. Yes, a guy. An american guy, in fact. Aku start perasan dia since last semester. He was not in my class, not in my lecture but he 's a chem eng senior. So somehow akan terperasan jugak. And ada something pasal this guy yang buat ramai orang perasan his existence...i mean ramai jugak orang melayu lain yang perasan. A very outstanding person i may say...very brilliant...seriously.

He seems different from other mat saleh. Tak bergaul sangat dengan perempuan...somewhat shy kot though he's good looking. Aku pernah nampak dia cakap dengan perempuan dua kali jer...tu pon yang related dengan study, project etc. Pernah sekali tu aku terserempak dengan dia kat hallway amundson...he was walking from the opposite site. Elok je dia nampak aku dia terus tunduk...and sampai dia pass by aku dia memang jalan pandang lantai laa, which puzzles me because he's not even a Muslim. Kalau ye betul lah kene menjaga pandangan tapi ni tak. Lepas tu aku tau yang dia ni kire religious gak dalam agama dia.

Enough about this guy. Actually my point is just to show how....i don't know how to say this...say wonderful a person can be. Tapi sayangnya dia bukan Islam....agama lain. Lepas tu aku rasa macam bersyukur gila sebab aku yang macam ni tapi Allah pilih untuk hidup dalam agamaNya...insya Allah. Kalau nak ikutkan comparatively aku memang nothing aaa to this guy. Cuma yang aku ada adalah agama yang benar...dia ada agama jugak tapi yang salah. And andainya dia tu Islam, berdasarkan attitude dan character dia sekarang aku rasa dia mampu menjadi umat yang baik. Tapi hanya Allah yang mampu memberi petunjuk dan hidayah dekat hambaNya, kalau Dia tak kasi...baik macam mana pon, perfect macam mana pon, pandai macam mana pon tak dapat jugak.

Lepas tu nampak aaa obvious mana-mana agama pon kalau orang tu ikut agama dia, dia akan cuba jadi yang terbaik. Masalah Islam sekarang ni ialah tak ramai yang amalkan wasatiah ni...tak all-rounder. Jadi tak nampak lah orang yang boleh dijadikan role model...sedangkan umat Islam sepatutnya umat contoh. Tapi zaman sekarang ni dah tak ramai yang betul2 dapat mengahayati Islam....jauh sangat iman kita kalau nak compare dengan iman para sahabat dulu. Pasal tu laa tak nampak sangat yang betul-betul berjaya. Sedangkan aku rasa cara yang berkesan dalam dakwah ialah buat orang respect erti kata lain menjadi contoh disamping menyampaikan la. Lepas tu yang aku perasan ramai yang ambil Islam ni separuh2...maknanya tak ambil agama sebagai cara hidup. Sembahyang dah cukup, tak tutup aurat pulak. Tutup aurat, jaga sembahyang tapi hati tak jaga....panas baran, tak penyabar. Semua dah ok, pergaulan pulak tak jaga. Kalau aku kata orang pon, aku lagi teruk....tapi mungkin ada orang yang memang dah baik, cuma ada kekurangan sikit yang kalau dia dapat atasi...insya Allah dia berjaya.

  posted by aiza farina @ 9:15:00 PM


Saturday, April 05, 2003  

 
Assalamualaikum....

Semalam mood aku baik jadi baru boleh update. Lepas ni aku tak mengamuk/melepaskan perasaan/geram lagi kat sini. Maknanya kalau aku tengah raa best baru tulis..tu pon belum tentu sebab kalau buat bende best banyak2 mane sempat nak update.

Bestnya kalau betul-betul balik Malaysia summer ni and takde problem nak masuk sini balik etc. Dah terbayang dah dalam otak aku ni apa nak buat. Yang paling penting sekali ialah makan masakan mak aku sebab rindu tak ingat and nak masakkan untuk family aku jugak. Yelah mesti parents aku nak rasa masakan aku diorang yang before fly dulu tau masak ikan goreng cili dengan sawi air jer. Sekarang dah tau macam-macam maka boleh menunjuk skill :)

Bila nak habis perang ni...dah banyak dah orang mati...orang Islam dan bukan Islam....bezanya orang Islam yang mati tu insya Allah kira syahid. Kan obvious benda ni destructive.....setakat nak dapat oil control dekat Iraq tu takyah aaa korbankan ramai-ramai orang.

Hari apa ntah ada someone buat prank pasal nak deport semua muslim student balik Malaysia. Masa before tau benda tu prank...aku memang sangat terkejut dengan news tu...sounds unreasonable tapi us ni memang logic jer nak buat benda yang unreasonable. Sedih jugak kalau betul-betul kena balik sebab hard work aku before ni tak dapat apa-apa (yang obvious laa) and lagi sedih pasal belum dapat degree...tapi dalam masa yang sama ada feelings of relief and a chance to start something new...sort of to open a new leaf...hmm....Lepas tau berita tu palsu maka apa yang ada dalam mind aku pon dilupakan and masa ni lagi rasa lega. After all, Allah knows best =)

Bangun pagi memang serious lagi best dari tidur lambat.

Orait, later.

  posted by aiza farina @ 4:02:00 AM


Friday, April 04, 2003  
Powered By Blogger TM