aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
Assalamualaikum....

Sikit lagi dapat result chen. Tadi dah dapat result phy chem 2....hmmm.....semalam dah siap organic lab practical. Secara amnya spring break bagi aku dah start dah....semalam lagi.

Aku dah buat kesimpulan, TA organic lab aku mungkin adalah TA yang paling garang dan strict dalam lab tu. Tapi dia baik laaa.....cuma garang.
Mak aku kata kalau kita dapat orang yg garang ajar kita...sampai bila-bila pon kita akan ingat orang tu dan apa kita belajar dari dia. Aku rasa pon camtu...aku tau aku takkan lupa dia sampai tua aaaa...kalau sempat tua.

Apa nak buat semasa spring break? Ntahlaa....nak rehatkan badan dan otak di rumah. Lepas tu kena tengok-tengok buku jugak...sebab start jer class dah ada exam balik. Hidup seorang pelajar....belajar laaa betul tak. Walaupun secara khususnya aku adalah bukan seorang yang rajin...tapi kene jugak belajar....dan belajar jadi rajin. Tapi dalam banyak-banyak benda aku belajar, belajar jadi rajinlaa yg paling susah sekali. Kalau ada subject 'rajin'...alamat every sem laa aku kene repeat.

MARA tak tau lagi nak kasi balik ke tak. Maybe ye maybe tak...tapi kalau tak aku tak tau dah nak buat apa. Aku doa jer biar dia kasi balik.

Banyak benda nak buat, tapi tak boleh buat sebab kene buat benda lain. Banyak benda kene buat tapi tak nak buat sebab tak rasa macam nak buat. Cuba teka which is which.

Kalau orang tu baik tapi sekali dia buat jahat kita nampak dia jahat. Lepas tu ada lak orang yang kata..."alaaa dia tu bukannya baik sangat". Ada sorang lagi taklaa baik sangat tapi ada laa benda baik yang dia buat sikit-sikit. Tapi nanti orang nampak dia baik and kata..."eh dia tu baiklaa jugak.." Tak percaya, dalam movie selalu camtu.

Aku rasa betul laa orang kata, kalau orang tu kawan dengan orang yg baik, dia akan jadi baik....sama macam orang yg bergaul dengan orang jahat. kalau camni aku nak berkawan dengan orang yang pandai....tapi dia kena baik dan ada semua ciri-ciri yang baik seperti beriman, bersopan santun, tak sombong, tak berlagak...hehe...mane nak cari agaknya. tapi kawan-kawan yang aku ada sekarang ni pon dah cukup baik dah =)

Orait, dah panjang. ciao.

  posted by aiza farina @ 11:16:00 AM


Friday, March 14, 2003  

 
Assalamualaikum....

Cuba teka apa aku nak tulis....haha...aku baru habis paper chen lagi. Isnin ni ada quiz phys chem lak. Tak study lagi. Pastu ada 2 hw dua isnin lagi. Ni dah malam sabtu...yg mata aku dah penat. Macam esok kene all out jer.

Tadi aku tengok citer "Beautiful"....video laa. Lpeas tu sampai kat satu part ni ada org tanya pompuan ni "what quality of yourself do you like most?". And pompuan tu terdiam. Hah...nasib baik takde orang pernah tanya aku soalan cantu. Kalau tak aku pon terdiam sebab tak terfikir apa quality yg aku ada. Sebab aku rasa macam takde jer. Seriously. Heran kan, dalam banyak sifat2 baik yang aku belajar kat skolah dulu, rasa macam takde satu pon yg lekat dekat aku.

Dulu masa aku kecik aku heran sangat and rasa cam ntah apa2 jer dengan orang yg kata dia dah malas belajar. Ni biasa dalam drama tv melayu aaaa. Bila time org tu kata dia tak nak sambung belajar sebab malas....aku rasa cam sangat tak patut. Tapi sekarang ni aku faham kot. Sebenarnya dia bukan malas tu pasal betul2 tak nak belajar dah...tapi sort of give up sebab study teruk-teruk pon still tak dapat result yg memberansangkan....penat aaa....aku tau.

Teringin nak tengok broadway....bila laa agaknya nak merasa...

Masa baca blog rafique tadi aku wonder how people change with time. Aku rasa tak banyak sangat sebenarnya yg aku beza dari kecik dulu sampai besar sekarang ni. Tapi bila fikir2 balik banyak jugak. Sekarang aku dah tau masak...hehe. Tapi yg obvious sekali pergaulan aku laa. Masa aku sekolah rendah dulu sosial giler...tak kire laa dengan laki ke pompuan. Tapi lepas aku masuk stf..hah....aku terus jadi lain. Macam ada cultural shock sebab dalam sekolah takde lelaki. Lepas tu bila cuti aku tak banyak keluar rumah sangat. So sepanjang aku 5 tahun kat stf tu aku mmg takde kawan lelaki.

Masa aku masuk ppp, mmg kelakar aaa. Rasa cam nak tegur guys pon sgt awkward...kalau boleh tak nak jumpa langsung. Tapi takleh nak buat apa laa sbb dah classmates...kalau bukan classmate pon dlm satu atu4 tu kitorang ada dalam 51 jer (originally). Pulak tu aku asik dpt class yg lagi ramai lelaki jer. Tapi kalau aku dah rasa comfortable, aku boleh bercerita non-stop sampai org tak larat nak layan. Sampai sekarang pon rasanya aku still have this awkwardness when communicating with someone of different gender....just tak laa teruk sgt dah (aku rasa laa...hehe)

Opss..dah lewat. Adios.

  posted by aiza farina @ 10:11:00 PM


Saturday, March 08, 2003  

 
Assalamualaikum....

Dah dapat dah result paper chen....dah dapat jugak result phy chem2...(jangan tanya ok ke tak). Perasan tak...aku selalu start tulis dengan apa-apa yang berkaitan dengan studies, exam, lab, hw etc. Sebenarnya nak ingatkan diri sendiri pasal tanggungjawab sekarang sebagai student.

Dah lama tak masuk blog uiuc. Tadi masuk baru perasan background dah tukar jadi lagu Yesterday....best...best...nanti boleh masuk selalu-selalu. Sekarang lagu fav aku lagu "Sebenarnya"-Man Bai. Lagu ni dah lama dah tapi baru ada dalam winamp.

Tak faham kenapa dekat M'sia dulu orang kata mat saleh ni malas, banyak main etc. Heh...tipu semata. Dalam lecture aku semua majority mat saleh yang terer (with certain exception ada class org melayu srg dua yg terer gak) except kalau calculus cina laa. Semalam aku dok lepak dekat chem e nye study room. Penuh dgn mat saleh yg buat study group. And diorang discuss mmg betul2 laa. Bukan setakat asal dapat jawab soalan hw. Masa tu nampak la beza macam mana org Melayu (specificnye aku) study dengan diorang study.

Hari Khamis hari tu takde org lab. Memang sangat bahagia laaa. Serious. Aku rasa dalam organic lab tu semua bende pernah terkena tangan aku. Kalau setakat acetone yg guna untuk basuh radas tu takyah cerita laa....selamber saja. Nasib baik TA aku kata acetone tak bahaya kena tangan.

Aku hope perang US - Iraq ni tak jadi. tak ddpt bayangkan betapa banyaknya kemusnahan bila perang. Semua bende rugi. Duit habis, politics tak stable, economy tak stabil and nyawa org yg priceless tu senang-senang je melayang. Semua sebab nak rebutkan minyak yg ada dekat Iraq tu. Cikgu aku pernah cakap dulu...Allah jadikan semua negara Islam yg kaya....negara Islam jer yg ada banyak minyak and sumber bahan mentah yg lain....yg dekat mid east, brunei, indon, tapi semua tak reti guna sumber tu untuk majukan negara masing2. Dalam class goeg aku dulu pon kitorang ada discuss....dalam banyak-banyak Islamic countries....takde pon yang boleh dijadikan contoh. Macam manelaa nak kuat.

orait. dah panjang dah. au revoir.

  posted by aiza farina @ 9:48:00 AM


Saturday, March 01, 2003  
Powered By Blogger TM