aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
Assalamualaikum....

Esok dah nak dapat result paper chen hari tu....argh....cuak seh.

Aku dah ok dah. Tak tension. N'ways thanks kepada rakan-rakan yang concern. I really appreciate that.

Dari pagi tadi aku nak potong kuku sebab dah panjang. Tapi tak sempat-sempat...last2 dah masuk hari lain dah. Kalau nak tunggu hari Jumat baru nak potong ni sempat laa jugak jadi pontianak dulu. Kalau mak aku nampak ni nanti dia kata kuku aku macam sudip, boleh cedok kuah dalam tu...hehe.

Tadi pergi hollywood video, pinjam cerita french. Tajuk dia Au Revoir Les Enfants (Goodbye to the children). Tapi kalau tengok nanti msa aku dengar dia cakap Frrench mesti aku telan air liur jer. Teringin nak cakap jugak tapi tak reti. Sama macam hari tu aku gi makan kedai Somali, dekat tv tu ada news dalam bahasa Arab.Ternganga jer laa aku dengar dia cakap,.tak paham tapi ada a few words yang aku paham sket2...masa tu memang rasa excited la.

Aight, takde bende pon nak tulis. Later. Adios

  posted by aiza farina @ 8:59:00 PM


Monday, February 24, 2003  

 
Assalamualaikum....

Tadi baru habis exam chen 4001 yg di retake.

Chat dengan lynn. Dia bagi this webage yg ada gambar senior aku kat sekolah. Dia batch spm98 and dia dah kahwin. Heh...ramai gak orang yang aku kenal dah kahwin...and this time ko memang rasa cam dah besar giler aaa....ada kawan yang dah kahwin and ada kawan aku yang kawin dulu dah pregnant dah pon. Aku ni jer yang terkapai-kapai lagi dengan buku chen, physical chem dan organic lab....belum campur bio lagi.

Aku rasa lately ni cam down giler. Dahlaa penuh dengan hw, tests sumer and everything. Aku rasa penat and rasa sangat disturbed emotionally. Rasa nak meletup. Pernah tak rasa macam the world is turning his back on you...that's how i feel right now. Aku rasa macam penat dengan apa yang aku kejar selama ni....apa-apa jer laa. I know that this is all ujian from Allah...tapi aku rasa macam tak strong nak lalu semua ni....aku rasa nak let go tapi tak boleh. Aku rasa trapped....and aku takleh ngadu kat sesapa (sesapa=manusia) because nobody understands....and don't ask how would i know if people understand or not because nobody really understands me.

Masa-masa camni aku rasa cam nak balik malaysia...amik account or business sebab dekat situ interest aku (ni minat yg aku semai sendiri)....or ambik architecture or deign sebab ni aku memang naturally interested. Or kalau aku nak buat something yang betul-betul bermanfaat aku patut amik medic...as my friends in high school always suggest...aku fikir-fikir balik betul jugak...the world needs doctors. Why did I not think of all this back then? Why didn't i set my goals right and reach for it? But then, I was not the same person as i am now. Before, I was more of a high spirited,strong and very ambitious person who seldom let her emotional disturbance get in her way....plus I was somewhat heartless. It was very hard to see me cry....very...and hati aku sangat keras but I was aku flexible. N'ways things are different from what i expected...studies are hard...i already expected that...but there's something else. There's more.

Hmm.....dah2 la mengarut tu. Later, ciao.

  posted by aiza farina @ 12:07:00 AM


Saturday, February 22, 2003  

 
Assalamualaikum....

Have been very busy lately.....and still am. Sekarang ni terasa aaa camner susahnya nak dapat result best. Ada 3 tests lak tu next week (mesti krg kata alaaa tiga jer...aku pernah lagi banyak) heh...sukati laa. Banyak hw and masa tak cukup. Tapi nama pon manusia...kalau sehari ada 30 jam pon mesti somehow tak cukup jugak.

Hari tu aku keluar last lagi dari lab. Camner laa org lain sumer boleh buat experiment dgn cepatnya. Ke aku yg lembab. Ermm...ye kot...haha.

Betul tak orang suka komen apa yang orang lain tulis, buat atau cakap. Bende tu kalau benda yang berdosa ke maksiat ke ko nak komen takpelaa....itu pon kene dengan cara yang betul...tegur elok2 dan berhikmah. Ni tak...ni just bende kecik macam orang komen macam mana someone tu manage life dia ke, apa dia makan, pakai, cakap. aku tak make sense eh. Maksud aku biarla org tu nak buat apa pon. Dia punya pasal....asal dia tak kacau hidup ko dah laa.

Baru kejap ni aku tgk panic room...dvd. Lepas tu masa dia keluar cast aku terperasan nama jared leto. Aku tak ingat kat mana aku pernah nampak nama dia...seems like a long time aku dah ingat this name in mind...yes, aku bukan jenis yg kenal sgt dgn actors/actresses. Tapi aku abaikan je laa....aku baca buku sambil tgk movie and buat hw. Still rasa tak sedap hati sebab aku terfikir cerita apa aku tgk yg aku ingat nama dia.

Last2 aku bangun pegi kat comp surf kejap jared leto ni. Ada urban legend, girl interupted plus a few other stories yg aku rasa tak familiar pon. Lepas tu aku nampak my so called life....rasa macam pernah tgk. Aku pon teruskan meng'surf' and sambil memerah otak camner laa cerita ni. Akhirnya aku terbaca yang dlm cerita tu dia berlakon jadi jordan catalano...and ada claire danes jadi angela. Baru laa aku teringat yg aku mmg pernah tgk cerita ni. tapi tak sure masa tu aku kat stf dah ke or skolah rendah lagi. Patutlaa susah nak recall rupanya cerita zaman kanak2. Masa aku habis tulis ni dalam citer panic room tadi dah mati dah pon jared leto.

Aku rasa tipu kalau orang kata dia buat something yang baik tanpa mengharapkan balasan. Sebab pada aku life kita ni mmg reward based pon. Macam kalau ko study tipu aaa kalau tak nak dapat result best, and kalau ko masak po tipu kalau ko tanak masakan tu sedap. Paling tak pon kalau ko buat something yg baik ko mesti mengharapkan mendapat keredhaan-Nya. So aku tak percaya aaa kalau orang kata "aku tolong kau ni bukannya mintak balasan" or "aku tak mengharapkan apa-apa pon"...well maybe bukan dari orang yg dia tolong tu aaa...

Orait. Adios.

  posted by aiza farina @ 8:50:00 PM


Saturday, February 15, 2003  

 
Assalamualaikum...

Lama eh tak update. Sebenarnya dari sehari ke sehari rasa nak tulis tapi tak tak jugak. Sebab busy satu laa...lagipon takde bende nak tulis.

Banyaknye hw nak kene buat...banyaknya assignment...lepas tu ada banyak quiz next week. Doakan aku eh.

Tadi gi tgk how to lose a guy in 10 days. Best aa gak citer dia....takdelaa motif laa...tapi cam sweet jugak and klakar aaa.

Kalau mata tengah segar...bila tengok jer buku boleh lak tiba-tiba ngantuk. Banyaknya setan bergayut kat mata. Aku ingat lagi masa kat sekolah dulu..time dalam majlis ilmu laa ngantuk. Tak kire aaa ceramah bisa ke, tgk ehwal silam ke, kuliah subuh takyah cerita aa mmg satu sekolah mata kuyu jer.

TA organic lab aku comel, tapi garang. Pulak tu susah senyum. Serious je muka dia. Tengok jer dia pon dah rasa cuak. Tapi hari tu sekali dia senyum sampai petang aku cair...haha...(lab tu mmg habis ptg pon).

Orait dah ngantuk. Adios.

  posted by aiza farina @ 11:35:00 PM


Friday, February 07, 2003  
Powered By Blogger TM