aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
Assalamualaikum...

Esok takde class. Jadi malam ni lepaklaa sket. Sebenarnya kalau nak buat hw banyak je ada.

Maybe bukan aku je yang rasa camni, tapi sem ni serious memenatkan. Aku rasa ayat aku tu ada yang tak kena tapi mmg itulah maksud aku sebenarnya. Tapi macam aku ckp dulu laa...mmg hidup ni camtu...jadi jangan merungut aaa....kene tabah sket (ingatan utk diri sendiri)

Organic lab so far memang mencuakkan. kadang-kadang tu rasa macam senang je tapi bila nak masuk dalam lab tu rasa berdebar jer...macam nak pergi periksa.

Esok ada fundraising dinner kalau nak tolong-tolong. Rasa macam nak pergi tapi tak tau lagi sapa pergi. Kalau ada kawan best aa jugak. Hmm...tengoklah camner. Kadang-kadang plan jer tak jadi jugak.

TV kat US ni serious banyak yg ntah apa-apa. Even charm yang dulu aku rasa giler best tu pon dah ada unsur-unsur merepek sikit. Dah takde modal eh.

Aku rasa sebenarnya semua orang ada tendency buat benda yang tak baik sangat...lagha aaa...sia-sia. Sebab mmg naluri nak buat lagha tu lagi kuat dari nak buat baik. Cuma ada orang dapat kawal diri dia supaya tak terpengaruh, kebanyakkan orang tak sangat...kadang-kadang je.

Orait. Nanti-nanti aku update lagi..insya Allah. Adios.


  posted by aiza farina @ 9:13:00 PM


Thursday, January 30, 2003  

 
Assalamualaikum...

Hmm...dapat jugak aku update sekali lagi.

Aku rasa sekarang ni aku dah rajin dah jugak study, buat hw etc. Tapi bila compare dengan housemates aku mesti aku jugak jadi yang paling malas. Arghh...peer pressure...huhu.

Tadi masak nasi tomato beramai-ramai. Haha...best giler...dah lama tak masak ramai-ramai. Kalau tak gi dapur sorang-sorang je.

Tapi kan dari yang aku dengar, ramai orang suka masak sorang-sorang sebab dia rasa orang lain nanti makin melambatkan atau kacau kerja dia. Bende ni memang depends dekat orang laa sebab aku prefer kalau berteman, kalau tak tolong pon, layan borak je dah cukup best dah.

Tak ingat dah tulis ke belum. Aku rasa dekat US ni kita lagi dependent dekat jiran (melayu laa) dari orang dekat malaysia. Yelaa kan....dekat sini ko dengan jiran tetangga boleh mintak garam, gula, susu, minyak, ayam, beras etc. Tu baru makanan, belum lagi kire vacuum, iron, dvd/vcd tak yah citer aaa.

Orang biasanya lebih senang generalize something tapi aku rasa mesti ramai jugak orang yang rasa diri dia lain dari apa yang orang generalize pasal dia.

Semalam gi tengok Darkness Falls. Cerita dia takde motif tapi sebab aku dah lama tak tengok cerita hantu (lama ke??) maka dia jadi best laa jugak.

Orait....hw ChEn dah memanggil-manggil. Lambaian organic lab pon dah terbayang-bayang. Later eh. Adios

  posted by aiza farina @ 7:27:00 PM


Sunday, January 26, 2003  

 
Assalamualaikum...

Tengah tunggu Aernie gayut...lepas ni nak tengok citer tricky brain. Heh... dah lama sangat tak tengok citer cina. Kalau kat mesia ni laa favorite aku sampai parents aku pening. Mane taknya ada anak sumer suka tengok citer cina. Tapi better laa kot tengok citer cina dari hindustan. Penceria hidup aku.

Dah sampai weekend pon...penat class 4 hari ni....tak ingatnye. Tapi takpe penat tu lah yang insya Allah akan membawa ke arah kejayaan. (sejak bila la aku jadi optimistic giler ni)

Snow dah turun...sejuk pon dah berkurang. Alhamdulillah. Tadi aku jalan kat campus sorang2 masa nak gi jumpa aernie kat coffman rasa cam bahagia sangat. Maybe pasal dah malam and takde orang jadi rasa tenang laa. Pulak tu ssejuk dia tadi yang best laa jugak. Maybe jugak pasal dah lama aku tak merayau. Lepas tu masa balik dari rec center kitorang jalan kaki lambat sangat sebab nak menikmati ketenangan berjalan-jalan di waktu malam. Serious best.

Ni aku dapat dalam class ChEn tadi. Chemical engineers have to get things done and make things happen....meaning that kene banyak berusaha bagi membolehkan sesuatu tu berjalan. Kene ada initative, drive, judgement, reliability, professional style and habits of action. Betul laa tu. Kalaulah aku ada kekuatan untuk ubah diri ni...hmm..insya Allah. Kene try sikit-sikit dulu. Lama-lama biasa laa (seperti biasa aku ni pandai cakap jer).

Eh, manelaa cik aernie ni. Lama dah kita tunggu depan computer ni. Oklah adios.

  posted by aiza farina @ 10:37:00 PM


Friday, January 24, 2003  

 
Assalamualaikum...

Second day class...so far class aku best aa gak. Tapi banyak workload aaa and class tu semua jenis yang buat aku cuak everytime nak masuk class.

Masuk sem baru ni KALAU BOLEH aku nak study betul-betul, rajin buat hw, well prepared bila masuk class, belajar dengan tekunand paling penting sekali tidak banyak lagha. Selama ni tak kire laa nak test ke tak keje aku lagha jer. Tapi kalau dapat improvekan diri best kan. Insya Allah boleh. Baik aku bagitau awal2 sebab kalau ada yang rasa aku tak ikut azam aku ni boleh tegur...nak kasi nasihat ke ape pon boleh jugak.

Esok first lab organic chem aku.....malam ni lagi dah terasa kecutnye perut aku. Bukannya apa aku just pernah experience jer buat experiment yang jadi tapi banyak hal...so kalau boleh naklaa smooth jer.

Sekarang ni aku masuk class pon mostly muka-muka yang sama jugak aku nampak. And insya Allah lagi 2 tahun ni dengan muka-muka tu laa jugak aku hadap. Semua budak chem e. Rasanya diorang pon dah cam muka aku....asik nampak jer...lepas tu duduk bukanlah jauh maner pon.

Kawan aku pernah cakap....dalam banyak benda kalau boleh cubalah jaga dua benda ni...1) solat 2) aurat. Benda elok aku sampaikan laa jadi peringatan pada diri sendiri yang sebenarnya ni.

Walaupun sem ni macam akan sangat busy....aku try laa update gak.

Oklah dah panjang dah. Wassalam.



  posted by aiza farina @ 7:37:00 PM


Wednesday, January 22, 2003  

 
Assalamualaikum....

Hari tu baruje pergi beli ikan. Cantik....color biru and ada merah sikit-sikit dekat sirip dia. By maghrib tengok ikan tu dah lain macam. Dia macam nak berbaring-baring. Lepas tu tengok bila dia nak pergi permukaan air jer dia jatuh balik. By tengah malam, dia dah tak bergerak. Aku pon amik sudu plastik try cuit-cuit dia. Tak bergerak jugak. Dah tak bernafas pon. Kaku. Malam tu jugak aku meredah sejuk-sejuk luar tu bertemankan aernie dan arra....pergi tanam ikan tu dekat depan rumah. Sedih.....takut pon ada. Maybe dia mati pasal pening naik bas sejuk-sejuk...jalan goyang-goyang. Kang aku beli ikan baru mati lagi lak. Tungula kejap...nanti-nanti baru beli ikan lagi.

Tadi arra dah bawak barang-barang dia pergi RBC. Hmm...nampaknya takde rommate la aku lepas ni. TApi dia kata nanti dia lepak sini aaa.

Dekat US ni banyak jugak yang elok.
1) Naik bas cakap hi or hello. Turun ckp tima kasih. Kan elok tu berbahasa. Kalau kat mesia naik bas mini tu buat camtu kang dia ingat kita nak ngorat lak.
2) Kalau ada mat saleh dekat depan kita tgh jalan saing nanti dia bukakkan pintu. Paling tak pon dia pegangkan pintu sampai kita sampai kat situ. Nak harap orang melayu...pegang pintu tu maybelaa...tapi bukakkan pintu and biar kita masuk dulu...hmm...bertuah.
3) Kalau letak brg kat tepi hallway and nak pergi bilik air ke kejap tak hilang.
4) Lepas tu friendly laa jugak diorang ni. Malaysian pon friendly jugak....
5) Adalaa lagi....tak terfikir.

Aku maybe dah pernah tulis....kalau kita tengah nak tulis something yang memula nampak macam banyak..masa nak tulis tu tak ingat lak. Tapi bila dah sudah tu...teringat balik.

Sbenarnya takde point pon entry aku ni. Saje je nak bercerita. Ma assalamah.

  posted by aiza farina @ 3:59:00 PM


Sunday, January 19, 2003  

 
Assalamualaikum....

Hari ni pergi beli pokok buluh..cantik. Sekarang ni rasa macam nak jaga benda2 hidup.

Ni cerita dalam winter sonata....ada sorang ni dia pergi ke negara bayang-bayang. Lepas tu dia try make friends dgn sesapa kat situ. Tapi takde sapa nak cakap dengan dia sebab semua tu bayang-bayang jer. Akhirnya dia kesunyian. Cerita dah habis.

Biasanya kenyataan tu pahit...pahit sangat...and susah nak diterima. Tapi bila fikir balik, kenyataan yang pahit tu adalah lagi baik dari penipuan. Sekurang-kurangnya ada kejujuran dan keikhlasan. Nasib baik manusia ni Allah kasi akal....bukan sekadar hati dan perasaan.

tengah menanti hari nak bukak sekolah. Kadang-kadang rindu jugak tapi biasanya tak larat aaa...hehe.

Hidup kita ni sebenarnya simple je tapi jadi complex bila melibatkan orang lain. Betul tak?

Hikmah tu pada aku datang sekali dengan experience. Makin banyak experience, makin berhimahlaa someone tu. Jadi apa-apa dugaan yang kita dapat pon akan buat kita jadi lagi strong dan menambah experience kita.

Oklah tulis panjang-panjang pon tak best gak kan. Wassalam.

  posted by aiza farina @ 8:39:00 PM


Thursday, January 16, 2003  

 
Assalamualaikum...
Snow dah turun dah sikit2 dekat sini....tapi tak cukup banyak lagi untuk buat snowman....hehe.

Regarding what i wrote earlier pasal blog privacy issue..actually aku tak kisah pon. I really don't mind people visiting here..feel free to do so sebab nama pon online kan. Just that masa aku tulis tu aku rasa macam tak best bila orang tau semua pasal aku.
But it doesn't matter now sebab lepas ni aku akan tulis bende yang general la jugak and kalau ada yang personal pon yang aku rasa nak share jer.

Tadi aku terbaca somewhere dalam email tapi tak ingat kat mane so takleh kasi credit. It says something like jihad ni ertinya kesungguhan. Maknanya kalau kesungguhan hanya ada penat dan kepayahan. So this coming semester ingatkan aku untuk tak merungut penat study because that's what it is.

Cenderamata dengan cenderahati ada beza ke?

Tadi baca blog rafique adalaa yang menyentuh pasal kawin. Hmm...aku rasa dalam age kita sekarang ni memang topic perbualan tu somehow akan revolves around marriage because its a BIG thing. Hari tu mak aku pon ada hint hint dah tanya aku ada 'someone' ke tak. Last2 aku mintak mak aku je carikan...tapi dia tak nak pulak...hehe.

As a friend said jodoh akan datang juga...so takyahlaa pikir-pikir sebab kalau ada jodoh tak ke mane. Jadi kalau kita pikir pon tak guna sebab mungkin masanya belum sampai...maybe the person is just right under our noses yet we don't 'see' them. So until we 'see' the person maknanya jodoh belum sampai la tu kan. I think he's right. This is something beyond our control. Jodoh tu urusan Allah.

Orait rasa macam dah panjang dah. adios.

  posted by aiza farina @ 6:44:00 AM


Wednesday, January 15, 2003  

 
assalamualaikum....

Aku pon tak tau apa mimpi aku update pagi-pagi ni. Tapi aku dah selamat membatman walaupun rasa macam tak berjaya sebenarnya.

Hari ni zura dah nak pergi colorado. Nasib baik aernie dah balik sini kalau tak memang sangap gak aaa.

Kadang-kadang aku suka buat something yang tak make sense.....aku pon tak tau kenapa.

Kadang-kadang aku rasa macam lagi baik aku jadi kayu dari jadi orang....senang sikit.

Lagi seminggu je dah nak start class. Rasa macam baru je cuti walaupun dah berbosan-bosan tak ingatnye kat rumah. Tapi untuk pergi ke class semula....rasa tak larat.

Kenapalaa aku tak pernah nampak muka sorang pon junior yang baru sampai ni.

Kenapa aku rasa macam aku lagi selalu jaga hati orang dari orang jaga hati aku....maybe aku salah...tapi biasalaa manusia lagi senang nampak kesalahan orang lain....tapi aku rasa macam walaupun aku rasa orang lain bersalah tapi nanti aku blame diri aku balik....last2 aku balik yang rasa bersalah orang tu tak pon.

Aku dah tak tau dah apa nak tulis kat blog ni. Sebab kalau aku tulis apa-apa it's like telling it to the world. Padahal masa aku mula-mula tulis dulu a few friends je yang tau and lepas tu pon orang yang aku kenal jugak...tapi sekarang ni...hmm..

Hmm..apa-apalah. Bye.

  posted by aiza farina @ 6:04:00 AM


Saturday, January 11, 2003  

 
assalamualaikum...

Rasa macam nak menghilangkan diri....or bak kata samah 'membatman'. Ok tu jer.... till then.

wassalam

  posted by aiza farina @ 8:19:00 PM


Monday, January 06, 2003  

 
assalamualaikum...

Buku untuk next sem semua tak beli lagi. Hmm....malasnya nak beli buku...buku lama pon kalau jual kat bookstore murah sangat dia ambil sebab dah tukar buku untuk subject tu.

Adik aku dua-dua dah balik sekolah dah. Sian parents aku kene duduk ber'honeymoon' balik. Kalau cuti sekolah je baru rumah meriah.

Ingat lagi masa adik lelaki aku dalam darjah 5 ke 6 ntah aku pernah gaduh dengan dia yang pakai kaki tangan sumer (macam budak kecik). Lepas tu dia tertendang aku kuat sikit...punyelaa sakit. Dan-dan tu jugak aku mintak dia tolong sapukan minyak kat kaki aku...and dia tolong aaa...padahal tengah gaduh....lepas tu terus baik cam biasa.

I have a feeling yang tak lama lagi snow laa kot kat sini....

Orang jaga aku tidur...lepas tu dah tengah malam baru bangun...lepas tu aku mintak housemate aku teman berjaga sama-sama...hehe.

Patutkah aku bekerja di masa cuti ini....atau next sem?? Rasa macam tak nak kerja...tapi tak tau laaa.

Hari tu aku masak undefined dekat rumah...masak ape ntah main bantai je. Sedap laa jugak...and housemates aku pon best aaa...masaklah apa saja jalan jer...=)

Orait, that's it for today. Wassalam.

  posted by aiza farina @ 9:58:00 PM


Saturday, January 04, 2003  

 
assalamualaikum....

Hari ni selsema makin teruk. Ambil flu shot pon tak membantu sangat.

Sejak balik dari new york hari tu aku tak pernah keluar rumah lagi....kalau ada pon ambil surat je..tak keluar building apartment. Tak tau laa luar tu sejuk camner agaknya.


Ni aku ambil dari website sdr iznan "antara roti dan cinta..korang rasa mana lebih menenangkan hati?...kalau aku baik makan roti daripada gaduh2 pasal cinta...:)..." . Cool jugak aaa...tapi kalau aku sekarang ni antara roti dengan cinta aku pilih roti canai. Rindu weh nak makan roti canai yang tak segera.

Result fall semester dah keluar. Walaupun tak memuaskan sangat tapi aku redha.Lagipon sendiri salah sendiri tanggung laa.

Dari pagi tadi aku nak potong kuku. Dari bangun tido sampai tengah hari teringat belum potong lagi...sampai petang dah nak masak dah...ingat lepas masak nak potong kuku..last2 dah masuk hari lain tak potong-potong jugak kuku. Kena tunggu hari isnin laa nampaknya.

Masa sekolah rendah dulu aku rasa kelakar sangat bila laporan sukan ke apa last-last sekali tulis "majulah sukan untuk negara".

Sekarang ni rajin update sebab bosan sangat duduk rumah takde kerja. Ada kerja kalau nak buat sebenarnya...kemas rumah, kemas dapur etc. tapi saje tak nak buat je. Last2 bosan..hehe.

Oklah rasa macam dah banyak dah tulis. Sayonara.

  posted by aiza farina @ 9:46:00 PM


Friday, January 03, 2003  

 
assalamualaikum...

alhamdulillah..hari ni rasa tenang sikit dari semalam. Tak tau laa kenapa. Maybe depress sebab takde beras kot semalam tu. Hari ni dah ada sepeket kecik. Cukuplaa kot untuk seminggu. Kalau mak aku tau rumah habis beras camni memang laa kena marah.

Rindu pulak kat parents aku ngan adik aku 2 ketul tu. Takpelaa insya Allah esok call rumah pagi2. Tapi mak aku tu nanti baru 10-15 minit borak dah nak letak dah. Dia tak tau punyalaa aku rindu. Rasa nak merajuk pon ada. Hmm...kalau tak jalan jugak esok aku cakap je laa...along nak borak lama-lama sikit...rindu laaa... habis cerita. Takkan laa nak merajuk dengan mak sendiri. Bukannya dia layan pon.

Bosan sangat hari ni...dah dua gambar cerita Naruto dah aku lukis. Pada aku melukis ni serious best....tak kira laa jadi ke tak. Berjuta kali ganda lagi best dari campur bahan-bahan kimia lepas tu tengok apa jadi lepas tu tulis report. Nampaknya next sem tu je laa kerja aku...kata ambik organic lab. Tengok kan aku dah kata aku senang distracted. Tadi awal2 tulis pasal melukis ni dah masuk pasal class pulak...ish...focus...focus.

Tengah aku update ni...tiba-tiba ada something yang buat aku confuse sangat. Semoga aku mendapat petunjuk =)

Oklah...wassalam.

  posted by aiza farina @ 7:12:00 PM


Thursday, January 02, 2003  

 
assalamualaikum...

just a quick update...rasa nak demam tapi tak pulak....kepala berat....pastu cam nak selsema...arghh...rasa nak pengsan lak.

Lately ni rasa down. Banyak benda yang aku fikir....aku rasa cam ada masalah dalaman laa. Maca mane laa nak bersihkan hati ni.

Kadang-kadang aku rasa cam aku hilang focus bila buat something...senang distracted. Even masa bace buku cerita pon boleh buat benda lain inikan pulak buku pelajaran. Kenapelaa aku tulis semua ni. Crap....crap.

Banyak makan dan banyak tidur membawa kepada penyakit malas.

Oklah. Ma as salamah.

  posted by aiza farina @ 9:27:00 PM


Wednesday, January 01, 2003  
Powered By Blogger TM