aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
assalamulaikum...

Hmm..dah sampai minney dah balik. Best aa pergi RPI walaupun tak pergi NYC ngan Boston ,lepak jumpa member and borak2 pon dah cukup. Rasa macam tak mimpi lak masa mula2 nampak diorang.

Diorang kat sana baik and peramah and seniors pon baik-baik jugak. Kitorang ada tolong sorang kakak(family) ni yang nak buat makan-makan. Tolong men'debone' ayam untuk buat satay ngan cucuk satay. Dah tau recipe nanti bebila boleh laa try pulak..=)

Lepas tu gi jalan-jalan dekat situ gi mall sumer.Kesian Nad sampai kaki dia sakit sebab nak bawak kitorang jalan. Walaupun tak banyak jalan but believe me i had a great time.

Actually banyak giler bende aku belajar tapi tak reti camne nak tulis. Just that kadang-kadang benda kecik pon yang orang buat dekat kita, kita boleh appreciate gilernye. Ni kalau benda baik laa tapi benda kecik yang tak best boleh buat kita jauh hati sangat dengan orang tu.

Beras dekat rumah dah habis. Apa nak makan lepas ni....

Aernie pergi purdue so sekarang ni tinggal aku, arra ngan zura je kat rumah. Nanti bebila zura lak gi coloradopastu tinggal aku ngan arra jer. Hmm...apa nak buat cuti ni. Tapi walaupun cuti yg bosan still better dari hari skolah yang penat.

Kadang-kadang obvious macam mana Allah ganti apa yang dia ambil dari kita dengan sesuatu yang lebih baik. Macam patutnya aku balik winter ni tapi tak jadi. Tiba-tiba je MARA kasi surat kata ada re-orientation dekat Malaysia and boleh balik next summer. Kalau betul dapat balik and tiket dia support memang best aaa.

Orait. wassalam

  posted by aiza farina @ 8:02:00 PM


Tuesday, December 31, 2002  

 
Alhamdulillah...dah habis dah finals. Ok ke tak lain cerita laa....tapi hopefully ok at least biarlaa tak payah repeat.

Semalam after test jer malam tu tengok Lord of the Rings;Two Towers. Best aaa. Sapa belum tengok pergila tengok tapi lama sampai sakit belakang duduk dala tu. Dahlaa penuh lepas tu dapat seat yang spring kerusi tu macam mana ntah tapi last2 aku jadi lagi pendek dari orang lain walaupun duduk. Tapi memang best laa.

Hari ni adalah hari untuk berpoya-poya. Petang nanti nak masak best2 and nak pergi jalan-jalan.

Insya Allah esok nak pergi New York. Pergi RPI. Hmm...rasa tak sabar pon ada malas pon ada.Tapi kalau pergi dapat jumpa member lagipon dah lama tak jumpa diorang.

Not in the mood of writing right now. Rasa macam lebih suka berhibernasi. Till then.

  posted by aiza farina @ 6:41:00 AM


Sunday, December 22, 2002  

 
Assalamualaikum,

Esok dah last class..lepas tu finals lepas tu dah habis dah sem ni. Tak tau nak hapy ke sedih.. Tapi memang lega laa sebab insya Allah berakhir lagi satu sem and nanti dapat masuk sem baru...penat weh..nak tunggu sem ni habis.

Just tak best sebab lepas ni dah tak ada class arab dah. Dalam banyak2 class sem ni, class arab ni laa yang paling best sekali walaupun hw dia kene hantar hari-hari. Belajar pon best and ni jer subject yang boleh harap sikit rasanya. Lagipon lecturer dia best...hahaha..kalau lecturer best memang semua jadi best...ni pada pendapat aku je laa...tapi kalau lecturer ajar tak best...kalaupon class tu best jadi best sikit-sikit jer.

Every sem mesti ada sorang lecturer yang aku rasa cam sedih nak tak belajar dengan dia dah...masa first sem dulu lecturer goegraphy of islamic world pon camtu..sedih sebab dia baik and macam bapak. Rasa macam dia penyayang and anggap kitorang ni macam anak dia je. Lepas tu lecturer writing ngan music pon best..jadi sedih bila dah habis sem.

Doakan finals aku eh...biar berjaya menjawab semua dengan baik dan betul serta mendapat grad yang cemerlang.

Budak csm dah balik malaysia dah. Tapi aku pulak yang terasa sedih sebab dah terbayang dah rasa duduk dalam flight nak balik tu. And rasa macam dah ternampak2 family aku tunggu dekat KLIA. Sayu pulak rasanya. Yelah sebab patutnya habis final ni kan aku ngan housemates nak balik Malaysia tapi dah tak jadi pulak. Jadi memang terasa giler aaaa.

Oklah nak study pulak. Ma assalamah.

  posted by aiza farina @ 12:39:00 AM


Friday, December 13, 2002  

 
Assalamualaikum....

Lama jugak dah tak update...busy lah kalau tak pon takde mood nak tulis apa2.

Selamat Hari Raya to all, Maaf Zahir Batin.

Rasa macam these last few days aje dah banyak giler bende aku belajar. Ni benda yang berkaitan dengan life laa...bukannya matsci atau organic chem atau DE.

Esok ada test arab tapi tak study pon lagi. Rasa macam nak cepat2 to get over with this semester. Lepas tu nak pergi rpi lepak2 jumpa old friends.

Aku pernah discuss benda ni with a friend....kadang-kadang aku terfikir how my life would turn out if all this never happens. What if dari awal2 dulu aku take a different path and make a different choise. That is macam mana kalau aku stick dengan account aku and tak kejar nak pergi us ni amik chem eng. Or what fi dari awal2 masa aku form one dulu aku berjaya convince my parents yang it's better kalau aku sekolah dekat rumah je. Aku rasa macam life aku akan jadi totally different and i will not become the person i am now or have what i have now.

Lepas tu aku teringat dekat this fellow friends yang aku takkan jumpa or maybe jumpa tapi takkan acknowledge pon existence diorang ni and mesti lain gila. And aku tak dapat bayangkan juga macam mana kalau aku tak lead the life i have now.

Lepas tu aku fikir2 balik and rasa yang semua ni memang dah ketentuan Allah. And aku percaya yang ada hikmah behind everything. Walaupun kadang2 tu something happens yang aku tak nampak langsung hikmah dia and aku cari and fikir berjam2 pon aku tak jumpa hikmah dia ke atas aku...tapi lepas tu aku terfikir yang aku tak hidup sorang2 dalam dunia ni. Maybe hikmah perkara tu ada dekat orang lain.

Sebenarnya aku tengah pening ni so banyak gila ayat yang berulang2 aku tulis.

  posted by aiza farina @ 11:12:00 PM


Sunday, December 08, 2002  
Powered By Blogger TM