aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
Assalamualaikum....

Akhirnya cuti pon thanksgiving. Rasa mcm best sebab dah tak larat dah sebenarnya nak ke class tanpa break. Tapi mesti nanti rasa sekejap je cuti ni. Takpelah at least ada.

happy birthday Arra and belated birthday to nad!!!

Sekarang ni dah ada hobby baru. Hari tu aku gi jalan-jalan kat bookstore and tergerak beli sketch book. So sekarang ni aku kerja melukis anime yang ada dalam computer.

Next semester dah nak ambil organic lab. Wah..wah terasa macam dah besar pulak ambil lab. Dah register class malam sebab bunyi macam best and siang tu boleh buat macam-macam. Tapi terfikir pulak nanti kena balik sorang-sorang pasal orang lain ambil yang siang punye. Dahlaa habis pukul 10. Hmm...tengoklah camner nanti.

Sekarang dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan. Hmm...semoga Ramadhan tahun ni bermakna. Terasa sayang pulak.

Ada kawan aku yang tengah pregnant. Insya Allah tak lama lagi dapat baby. Wah..wah.. nanti kitorang semua jadi auntie. Tiba-tiba rasa macam aku pon dah besar sebenarnya. As in dah sepatutnya dah jadi mture adult tapi tak-tak pon lagi. Hai....lambatnya maturity aku develop.

Raya ni insya Allah raya kedua yang disambut oleh family aku di Malaysia without me( coz i'm here having mat sci test on the hari raya itself) and my grandma who passed away masa aku tengah summer sem kat ppp last year. Miss her terribly.

Actually aku tak tau aar nak tulis apa. So update ni penuh junk je. (Macam laa yang before ni bukan crap pon)

Later laa eh.Adios

  posted by aiza farina @ 9:38:00 PM


Wednesday, November 27, 2002  

 
Assalamualaikum...

Guess what..it happens again...Aku tidur awal la jugak and terjaga tengah-tengah malam tak boleh tidur balik dah. Actually it's an advantage in certain condition but right now is not the right time. (nobody understands obviously).

Dekat class arab tadi ada belajar lagu ni "habbaituka bissaif" (love you in summer) and I think the lyric is kind of sweet :)

Tadi baru dapat email from a very good friend fieda and dah reply pon. Rindu pulak rasanya dekat old friends masa kat stf dulu. Well, yelah orang dah 5 years kenal and living together. I always feel that my experience in stf dulu banyak jugak contributes to my character.

I feel like writing a bit of flashback.... Masa aku first masuk stf dulu what i afraid most is that living for 5 years without having any friends. I sure don't know how to make one and being a so-called quite person (ok not so much anymore) I sure don't know how to start conversations with other people. Tapi after my parents balik and aku buat kemas locker pasal tak tau nak buat apa lagi (sebenarnya nak tidur tapi tak pandai panjat katil) fieda tegur aku, and after a bit intro we join other 3 dormates yang form 1 jugak jalan-jalan keliling sekolah.

At first everybody use the formal saya-awak to adress each other lepas tu tukar jadi kita-awak and masa dah form 2 suddenly we all started to use the aku-kau sehingga ke hari ini. And masa form 2 ni jugak, aku ada geng sendiri yang 8 orang and kitorang semua remain sama class dari form one sampai form five walaupun class tu ditukar-tukar sikit. Dalam geng to kiranya we consider each other as sisters and of course aku yang last sekali sebab birthday aku paling lambat.

Paling best dulu masa ada movie show, nanti biasanya dengan dormates and a few close friends kitorang akan bentang paper dalam hall tu sebab nak book space untuk tengok movie. Lepas tu boleh je nak siap bawak bantal semua masuk hall tu. And kalau part takut boleh jerit sesuka hati tak payah control-control sebab semua orang pon macam tu. That's the best part sekolah all girls.

Sebenarnya masa tu takde lah rasa best sangat tapi sebab semua tu dah sebati dengan jiwa dan kehidupan aku bila dia dah tak ada somehow terasa kehilangan. Macam buat birthday party dekat gym, mandi dekat tangki bila sekolah tak ada air. Jerit from one block to another bila nak panggil kawan ( ni cikgu selalu marah sebab tak macam perempuan) tapi ni aku jarang buat laa sebab macam dengar je kalau aku jerit pon. Bangun pagi giler kalau hari sabtu sebab breakfast nasi lemak. Masa tu sebelum subuh kitorang dah ada kat dining hall. Outing...hah, lupa lak. Srious best kalau pergi outing dengan member. Aku nak cerita pon susah betapa bestnya pergi outing tu tapi nak berebut dekat bilik warden untuk dapat keluar outing tu memang penyeksaan laa.

Eh rasa macam dah panjang sangat. Sambung esok je laa eh. Adios.

  posted by aiza farina @ 2:49:00 AM


Saturday, November 23, 2002  

 
Assalamualaikum...
Baru perasan dah berapa banyak entry aku tulis tak nah kasi salam lagi. Malu lak rasanya.

Hidup aku sekarang ni tak teratur. Malam itdur awal tenagh malam jaga pastu tidur lambat pagi esok bangun macam biasa tapi yang tak bestnya masa class matsci je dah rasa nak tidur balik. Arghhh....tension betul. Sampai malu rasa nak tengok muka prof tu sebab selalu tidur dalam class dia. Dahlah prof tu ajar best..kalau jenis yg ajar boring lain ah cerita.
Semalam dah habis dah 2 tests phys chem and organic tu. Dua-dua teruk tak yah cerita laa. Boleh je tengah-tengah buat tu blank kejap...no blank lama. Tapi bila dah habis tu still rasa lega sebab tak payah nak pikir dah...lepas ni all i can do ialah berdoa. Rasa macam satu beban dah terangkat dari bahu sampai pagi tadi masa aku celik je mata...ingatkan hari ni dah hari sabtu..then aku baru teringat eh bukan sabtu hari jumaat. wrong again. Baru hari khamis rupanya.

Esok insya Allah dapat result organic chem 2 yang aku screw up untuk kali yang ke berapa dah agaknya. Nanti kertas tu dia letak atas meja kat depan tu dengan nama markah and rank dalam lecture tu semua kat front page. Kadang-kadang tu kalau ada orang lain kat situ (mat saleh aaa) rasa malu lak nak ambil. Boleh je nak buat2 tak nampak padahal paper aku kat atas sekali. Habis tu takkan nak biar semua orang tau...oh budak ni dapat result teruknya.

Baru lepas masak nasi goreng untuk late night or sahur esok kalau terbangun. Teringat pulak kalau kat Malaysia rumah aku pakai dapur gas yang kena cucuh dengan api baru menyala. Bukan jenis yang pusing je bende bulat tu (tak tau nama dia apa) keluar api. And aku start belajar cucuh api dapur tu masa darjah 5. Cuak tak ingatnya sebab first time bermain-main dengan api dapur. Sampai separuh kotak mancis habis semata-mata nak nyalakan sekali api dapur tu.

eh oklah. Nak buat hw arab. Ma' as salamah.

  posted by aiza farina @ 12:31:00 AM


Friday, November 22, 2002  

 
Hari ni dah 9 ramadhan dah. Hmm...weekend ni Aernie dengan Arra nak pergi Purdue tapi tak bleh ikut sebab next week ada 4 tests lagi. Kena belajar. So tinggal lah dengan zura sahaja dekat rumah.

Hari tu ada terbaca yang dalam email yang antara tanda iman tak kuat ialah senang mood swing, senang sedih yang tak dapat dikawal etc. Kena banyak bersabar eh.

Tadi macam ada benda nak tulis alih-alih dah tak tau pulak.

Ok, pernah tak kita jumpa someone yang kita kenal tapi tak tau apa nak borak. Kawan aku pernah cakap camni...kalau sekarang pon dah tak tau apa nak cakap macam mana lah kalau kawin dengan orang tu ( this only applies kalau orang tu berlainan jantina,obviously)...mesti duduk diam je. Wrong, sebenartnya makin kita kenal someone tu makin banyak benda yang kita boleh cakap dengan dia. So kalau ko rasa tak reti nak cakap dengan someone tu maknanya tak cukup kenal lagi or memang rasa awkward dengan orang tu.

Hari tu aku buat kuih karipap untuk berbuka. Nasib baik jadi dan sedap..:) Hilang sikit rindu dekat malaysian food.

Last 2 weeks ada 4 tests lepas tu break and next week ada lagi 4 tests. Kejap je rasa 2 minggu yang takde pape tu tapi 2 jam yang before test rasa macam 10 tahun. Jap, apa apoint aku sebenarnya. ermm...

I'm not working at boynton health service anymore. Yelah asik ponteng je kan. So rasa macam tak ada kebaikan pon yang aku bawa dekat boynton tu. Better mintak berhenti at least rob boleh ambil orang lain yang rajin kerja. Tapi dia ada mention yang kalau nak kerja winter nanti bagitau laa...Hmm....sayang jugak rupanya kat aku...walaupun most likely dia nak amik hati je kan..hehe

later kay. Nak buat something else. Ciao.

  posted by aiza farina @ 11:38:00 AM


Thursday, November 14, 2002  

 
Ok semalam dah pergi dah jumpa MARA officers, En Najib ngan En Azeman, dapat tau yang kena dapat cgpa 3.5 above baru boleh convert 100% loan to scholarship. Hmm....apa nak buat sekarang.

Both my parents dah develop sixth sense agaknya. Dulu masa aku call rumah mak aku terus je tau that it's me calling. Before I even said anything. And hari tu bapak aku pulak angkat je phone terus cakap "hello along". Hah. Well, mak aku pernah cakap yang kalau kita fikirkan someone tu orang tu fikirkan kita juga. But I thought she made it up sebab masa tu tengah nak console my broher yang homesick agaknya(masa mula-mula masuk form 1, biasalah). But now aku rasa ada betulnya kot. Well, let me see...maybe apply dekat someone yang ada blood relation je kot sebab I'm sure tak semua orang yang kita fikirkan ingat kita jugak.

Masa dekat stf dulu kan kalau bulan puasa ni biasanya Cadet Laut sekolah aku tengah buat audition untuk pelapis cadet. And ada satu part tu bila pelapis ni kena cari clue2 satu sekolah and cadet sr dan kawan-kawannya berlakon jadi hantu. Bende ni buat masa Ramadhan je sebab tak nak ada perkara yang tak diingini berlaku. So aku pon masa tu join berlakon juga jadi hantu dekat surau sekolah. Mula-mula tu excited laa..dah lama-lama tu pukul 2 lebih dah ngantuk pulak. So aku tidur je laa dekat luar surau tu and tak pasal-pasal kononnya jadi mayat. Jr calon pelapis ni pulak ingat clue tu ada dekat aku so diorang boleh je nak datang check2 aku sampai kawan aku kena kata "jangan diusik mayat itu" padahal dia nak cakap "jangan kacau aiza tido aaa". Tapi suara dia masa tu serious menakutkan sampai aku yang tengah tido ni pon terjaga.

Pada aku, a friend who listens is a good friend but a friend who listens and consoling is even better...but rare.

[ayat kat sini dah kena delete]

Oklah kena study ni. Kena mencapai mara punya expectation. Ma'assalamah ( ni aku belajar dalam class arab)

  posted by aiza farina @ 11:47:00 AM


Sunday, November 10, 2002  

 
Bestnya week ni tak ada test :). Tapi banyak dapat result yang tak best. Takpe lah boleh cuba lagi (menenangkan hati sendiri)

Aku maybe tak jadi balik winter ni. Called home and talked to my father about this mess about risk tak dapat masuk sini balik. He advised me not to come home. Saying that I'm strong enough to bear with it, that this is a sacrifice that is to be made, not ony in my part but my family as well sebab semua orang pon dah look forward of my coming home. Lepas tu dia cakap "takpe, doa kita semua panjang umur....nanti kita jumpa lagi." Sayunya rasa masa dengar tu boleh je nak menangis.

My reason for being so frustrated if I can't go back:
1) Dah look forward nak balik and dah berangan apa nak buat nanti dekat rumah
2) main point actually...rindu laa dekat semua orang.
3) actually I sort of promised to my parents yang nak balik rumah. Supposed summer hari tu tapi fikir2 balik rugi sebab bukan cuti sekolah so tak dapat jumpa my beloved brother and sister. So bila dah postpone winter ni of course aku nak sangat balik.
4)banyak lagi tapi kalau dapat balik memang best lah.



Paling best masa bukak puasa kalau ada air cincau dengan lagi best kalau ada murtabak dengan kuih karipap.

Sabtu ni insya Allah MARA nak datang jumpa. Maybe kak Rus dengan En Azeman kot. Hmm....apsal rasa macam nak kene basuh je...hehe. Can't blame them. Result aku sem ni pon macam tak best sangat je. Nampaknya kena cepat-cepat apply upper division ni.

Sekarang ni susah nak tidur. Jadi baik tengok apa yang boleh dibuat. Adios.

  posted by aiza farina @ 11:46:00 PM


Thursday, November 07, 2002  

 
Hmm...dah lama dah aku tak update. Entry bawah tu bila punya agaknya. Dah lama dah. Rupa-rupanya template hilang pasal tu tak boleh update. Akibatnya aku telah membuat template baru maka link serta guestbook juga telah hilang. Ok, I tried to put it back tapi tak cukup ilmu. So later lah when I have enough time to figure it out and do some experiments with it.

So, it's already ramadhan. Esok dah start first day puasa. Sayu juga rasanya bila teringat kena puasa kat sini. Masa ni baru nak appreciate puasa dekat Malaysia dulu. Mom's cooking especially and you know wha, t I even miss the berbuka puasa advertisements.

Nothing much happens or in other words, life aku tak happening. Sangat busy dengan tests dan homeworks but yes aku sempat lagi buat benda lagha, watch movies etc. Hopefully masa bulan puasa ni jadi baik sket ah.

Kalau dekat sekolah dulu, before tunggu buka puasa after tadarus , kitorang round satu compound sekolah. Kadang-kadang dua tiga compund pon boleh. Lepas tu pergi sahur ramai-ramai dengan sejuk yang menggigil tu. Hah...sama je macam kat minney ni.

Kalau dekat rumah buka sampai kene tegur " dah..dah..stop dulu . Kalau tak cukup nanti sambung balik after terawikh." And yes, after balik sembahyang terawikh memang aku makan lagi seround ( tapi before tu tak la makan banyak sangat) . Even masa sahur pon,most people tak selera sangat nak makan but I can have a second helping.
The best thing masa bulan puasa ialah masa nak balik rumah untuk cuti raya. Serious best. Dalam bas/train nanti semua orang happy semacam je. And lepas tu buka puasa sama-sama dalam bas dengan food yang dibeli dekat Machap( tempat bas transnasional stop kalau journey jb-kl).

Ok ok dah tak cakap pasal ke'bests'an puasa dekat Malaysia dah. Nanti aku juga yang rindu.

Anyway benda yang paling penting masa kita puasa ialah keikhlasan kita berpuasa. Something yang kita sendiri tak dapat measure dan hanya Allah yang tahu.

I think that's it. Jangan komplen aku tak update lagi. Btw guestbook dah hilang so memang tak boleh complaint pon..hehe. Ciao

  posted by aiza farina @ 9:39:00 PM


Tuesday, November 05, 2002  
Powered By Blogger TM