aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
Kalau kita ikhlas buat something nanti tak terasa sangat rintangan benda yang kita buat tu. Paling penting kalau kita ikhlas belajar nanti ilmu senang dapat. Tapi nak ikhlas tu bukan senang.KAdang-kadang kita rasa kita ikhlas tapi sebenarnya tak pon.

Ramai orang yang cuba lari dari problem bila dia ada masalah, tapi sebenarnya tu bukan jalan keluar.

Kalau mood tengah tak elok, tengah tension ke, biasanya aku tak bercakap dengan orang lain sebab takut nanti terkasar. nanti bila dah ok balik baru aku pergi tegur orang lain.

Dah lama aku tertanya-tanya apa maksud wisdom sebenarnya. Hari tu aku dengar yang makna dia hikmah, tapi still tak dapat faham betul-betul makna wisdom/hikmah tu.

Hari tu aku bersandar dekat dinding lind hall masa tunggu class matsci. Lepas tu aku tengok dinding kat depan aku tu sampai bosan pasal asik benda tu je aku nampak. Tiap-tiap kali masa tunggu class matsci aku tengok dinding tu. Lepas tu baru aku perasan, aku tak tau pon camner rupa dinding tempat aku bersandar tu. Aku just tau dinding tu ada tapi tak pandang pon dinding tu. Actually aku just nak bagi contoh macam mana kita take things for granted. Sama juga macam kita treat orang. Tau orang tu ada je untuk kita tapi kita tak pon tunjukkan appreciation kita dekat orang tu.

Rindunya nak balik Malaysia. Nak jumpa family ngan sedara semua. Kawan lagi.



  posted by aiza farina @ 10:23:00 PM


Monday, September 16, 2002  

 
Hi...tadi dah abis dah persona malaysia day...rasa macam sekejap je penat aku berjaga malam semalam tu dah habis camtu jer. N'way best la jugak.

Tak siap lagi homework arab aku. Bila nak siap pon tak tau lah. Esok nak hantar dah. Nampaknya malam ni kena berjaga lagi...hehe(macam tak biasa buat je).

Lately ni aku rasa life aku dah tak ceria macam biasa. Rasa cam kosong la jugak. Aku tak rasa kosong sangat sebenarnya tapi rasa cam life aku dah hilang seri. Tak tau la apsal. Maybe pasal aku penat and banyak class kot, maybe juga pasal masalah dalaman.

Rumah bawah pinjam hammer rumah aku so dah lama dah tak potong ayam pakai hammer. Sekarang ni pakai can opener pulak...haha

Sebenarnya aku rasa lagi free nak tulis blog kalau rasa takde orang baca. Tapi kalau takde nanti pon tak best jugak kan.

Pernah tak rasa nak cakap dengan someone tapi tak tau nak cakap apa. Macam kalau aku lepak dengan malaysians kan nanti takkan nak dok diam jer..nak jugak borak tapi tak tau apa nak cakap. Last2 end up diam jugak.

Kalau denar lagu aku suka dengar lyrics dia. Macam dengar cerita pulak and walaupun banyak yang stereotype tapi still ada something yang aku boleh belajar laa.

Aku tak kisah pon kalau korang nak kutuk tapi aku rasa lagu slam banyak yang sedap didengar.

Sebenarnya aku tulis malam ni biar mood aku ceria balik, ingat benda-benda yang best tapi last-last rasa jadi macam melayan perasaan pulak. So baik aku buat benda lain. Adios.


  posted by aiza farina @ 9:21:00 PM


Thursday, September 12, 2002  

 
ni semalam nye entry tapi takleh post masa tu.Malas nak edit walaupun ada yang dah tak relevan.

Hi...penatnya hari ni. Ada rehearsal persona day pulak and pagi-pagi tadi aku tolong buat pelamin,,,penat tapi best la buat pelamin tuh.

Rasa macam nak tidur je sekarang tapi ada homework kena buat so tak boleh tidur. Tapi sebab otak dan badan dah penat tak boleh buat homework or study juga. Kalau macam tu baik tidur kan.

Hari ni dah masuk 1 Rejab.

Aku serious jealous dekat orang yang baik, peramah, rajin, pandai, suka senyum, sopan, dan paling penting beriman. Bunyi macam tak logic tapi ada orang yang macam tu yang aku kenal. Kalau nak compare rasa macam diri aku ni kecik je and takde apa-apa pon.

Kalau tengah sedih benda yang paling elok kita buat ialah membusykan diri dengan apa-apa yang patut and preferably menenangkan sebab kalau kita termenung and layan nanti makin sedih.

Pernah tak rasa bersalah dekat somebody tapi kita tak tau nak buat apa lepas tu rasa guilty tu tak hilang. Aku kalau macam tu nanti aku bayangkan situation di mana aku boleh defend diri aku or buat something biar everything nanti jadi ok balik.

Kalau kita expect something tu best nanti biasanya jadi tak best tapi bila kita expect somehitng tu teruk nanti dia turn out ok pulak. Oleh itu aku nak budget yang sem ni gpa aku teruk lah and semua benda pon teruk jugak.

Aku biasanya buat something ikut instinct. Tapi kadang-kadang tu sampai jadi confuse sebab tak tau yang mana satu instinct aku. Aku rasa cam aku je paham statement ni tapi malas nak explain and kasi contoh.

Tak boleh jadi ni kena jugak try buat homework. Adios.

  posted by aiza farina @ 2:30:00 PM


Monday, September 09, 2002  

 
Alo..it's been a while eh since au last update blog nih.

Classes aku semua ok so far and hopefully ok laa terus. Tapi tak boleh percaya sangat sebab belum start belajar banyak lagi. Tapi penat laa sebab every monday, wed ngan friday ada 4 classes straight dari 9 pagi lepas tu break and sambung lagi satu class.

Tak boleh nak tidur walaupun tengah penat.

Kalau bosan sangat benda paling best nak buat ialah masak sedap-sedap lepas tu makan. So bosan=gemuk. Tapi kalau gi main pon best jugak cuma kalau nak gi main kena ada teman baru best.

Weh, serious aku tak tau nak tulis apa ni. Later laa kena paksa diri untuk tidur. Adios.

  posted by aiza farina @ 11:20:00 PM


Thursday, September 05, 2002  
Powered By Blogger TM