aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
Alo...hari ni tak kerja petang lagi. Pergi main roller blade dekat jambatan st anthony. Best sebab dekat situ lawa so kalau rasa nak jatuh boleh laa cover dengan pergi ke tepi untuk berpaut dekat railing dan konon-konon tengah tengok sungai.

Kalau penat sangat kadang-kadang sampai tak boleh tidur. Kalau fikir macam-macam masa nak tidur tengah mengantuk pon boleh jadi segar balik.

Selamat hari kebangsaan. Biasa dekat Malaysia kalau dah takda kerja nak buat pagi-pagi hari merdeka pergi tengok parade dekat tv. Kalau masa dekat sekolah dulu mesti kena parade untuk johor punya sambutan.

Aku rasa cerita Armageddon tu sedih giler tapi mesti semua orang heran kan apsal sebab bila aku bagitau orang lain macam "ye ke sedih..takde pape pon".

Tadi masa nak balik dari st anthony nampak orang ramai-ramai naik basikal tengah-tengah jalan raya. Ramai laa sampai penuh jalan raya tu. Ingatkan diorang saja-saja je tapi lepas tu nampak ada orang bawak sepanduk no war on iraq. Masa tu aku rasa macam nak join jer.

Kalau kita tidur lepas tu kita mimpi something, mimpi tu boleh affect kita esoknya. Macam kalau malam tu aku mimpi something yang buat aku rasa sedih mesti lepas tu aku rasa tak sedap hati, lepas tu dah tengah hari pon still boleh teringat lagi tu.

Tak tau kenapa tapi rasa cuak nak naik next sem ni. Rasa gelabah gak aaa. Macam masa mula-mula nak masuk class masa first time datang dulu.

Baru dapat tahu cikgu kemahiran hidup aku dekat seklah dulu dah meninggal, Cik Kamariah. Hope korang boleh sedekahkan al-fatihah.

Ok lah. Esok aku tulis lagi kalau rasa macam nak tulis. Au revoir.

  posted by aiza farina @ 10:30:00 PM


Friday, August 30, 2002  

 
Hi....perasan tak tetibe je aku rajin update. Aku pon tak tau kenapa.

Hari ni tak pergi kerja petang sebab nak main masa petang. Nak menghabiskan baki cuti yang tinggal ni sebaik-baiknya. Nanti dah start class dah tak boleh berpoya-poya.

Kalau masa study tu kita biasa buat something nanti kalau kita lupa lepas tu kita buat something tu boleh ingat balik apa yang kita study. Ni aku belajar dalam psycho dulu. So kalau dengar lagu masa study and masa test tu sunyi sepi tak membantu sangat laa. Tapi aku buat jer camtu.

Pada aku orang lelaki ni susah nak dipercayai. Tak ramai yang betul2 ikhlas dalam apa-apa yang dia buat. Maybe pasal diorang ni insensitive ke apa, tapi ramai yang senang-senang je nak main-mainkan perasaan orang lain. Pergi layan semua orang sebab nak suka2 jer, tak setia sebab jumpa orang lain, tak jujur, tak caring bla bla. Honestly I find this kind of attitude very disturbing.

Dekat sini susah sangat nak nampak muka neighbors. Seriously, even dengan orang melayu yang duduk depan rumah pon seminggu sekali pon susah nak nampak lagi pulak yang duduk jauh sikit. Kalau yang mat saleh lagi tak nampak, mana ntah semua orang pergi. Kalau dekat Malaysia dulu masa bukak gate rumah jumpa, siram pokok jumpa, jemur kain jumpa, buang sampah pon jumpa lagi.

Oklah sekarang ni aku nak tidur awal sikit biar senang bangun awal. Adios.

Aiza

  posted by aiza farina @ 10:49:00 PM


Thursday, August 29, 2002  

 
Hi...Tadi aku buat kerja bersungguh-sungguh masa kat boynton. Amazingly tak rasa penat sangat macam selalu. Kalau masa aku buat kerja nak tak nak tu memang penat laa..hmm...pasal tu lah kena ikhlas bila nak buat something.

Life takkan pernah perfect dan kita takkan rasa life kita ni perfect tapi kalau kita syukur dan happy dengan apa yang kita ada semua benda jadi best.

Kita hanya akan betul-betul appreciate something tu kalau kita susah nak dapat....tapi kalau susah sangat nak dapat biasanya orang akan tend to give up dulu. Benda ni tak apply dekat ramai orang tapi macam aku kalau rasa susah sangat nak dapat something tu sampai tak tau nak buat macam mana dah aku anggap tu bukan rezeki aku laa.

Pernah tak terfikir apa agaknya sebab kita meninggal nanti.

Kadang-kadang kita rasa down tapi tak tau kenapa...or kita tau kenapa tapi tak tau nak buat apa or tak boleh nak buat apa-apa. Apa korang buat aaa?

Kenapa bila nak bandingkan dengan something yang tak berapa elok orang kata macam keling..contohnya cakap macam keling etc. Tapi agaknya orang bangsa lain tu boleh jer nak kata "Ko ni macam melayu laa" untuk refer kepada perbuatan yang tak elok sangat.

OKlah nak sambung buat takde pape balik. Au revoir.

  posted by aiza farina @ 10:01:00 PM


Wednesday, August 28, 2002  

 
Alo....tadi gi tengok movie after 2 bulan setengah tak gi cinema. First time juga pergi rumah pitis tadi...tu pon pasal nak tumpang sembahyang. Teruk betul aku nih, jarang melawat rumah orang lain. Anyway nasib baik sempat pergi sebab pitis pon dah nak pindah sebuilding ngan aku.

Ada kurang dari seminggu before class bukak balik.

Baru pesan satu set cd from Malaysia. Mintak kawan tolong belikan dulu cerita korea, winter sonata. Bestnye dapat tgk cerita selain cerita yang ada kat sini. Tapi lambat lagi laa dapat sebab dia tengah cuti so balik kampung dulu.

Bestnya balik kampung. Paling best kalau balik kg aku kat kuala kangsar masa bulan puasa.

Kalau dah lama tak jumpa kawan kita, bila jumpa balik mesti memula rasa awkward. Ni kawan yang mmg tak jumpa lama aaa setahun lebih ke yang takde contact langsung.

Katalah semua orang ada satu peluang untuk wish something yang korang tak pernah ada. Apa korang nak mintak?

Ada orang suka stay up lambat and bangun lambat sikit. Ada orang tidur awal and bangun tidur awal. Aku boleh jadi dua-dua ikut keadaan mata.

Orait mata pon dah pedih. Need to have a rest. Adios.

  posted by aiza farina @ 11:15:00 PM


Tuesday, August 27, 2002  

 
Alo....setelah sekian lama, malam ni rumah aku tetamu. Macam best gak orang datang rumah, boleh borak-borak. Lagipun aku suka rumah yang ada ramai orang...rasa meriah. Sebab tu aku suka masa raya, pasal adik-beradik mak aku ramai, nanti semua berkumpul rumah atok aku...boleh borak dengan mak/bapa sedara aku semua dengan cousin aku lagi.

Kadang-kadang orang yang kita rasa susah nak rapat tulah yang nanti jadi kawan kita.

Aku rasa macam susah sangat sebenarnya nak tahu apa yang orang lain fikir. Biasanya zahir someone tu tak sama dengan diri orang tu. Ada orang yang kita nampak macam cool dan heartless tapi sebenarnya dia sensitive juga and ada orang yang nampak macam faham orang lain sebenarnya dia tak pon.

Ayat aku masa dekat ppp: "Abah boleh tak call back". Ayat bapak aku masa aku dah kat us: "Lama tak call rumah, eh along call back lah". Tapi ayat second tu jarang laa pasal aku selalu call rumah kan.

Kalau tidur balik lepas subuh mesti mimpi mengarut2. Tapi macam mana nak stay segar sampai pagi...kena pandai2 laa.

Rumah aku dah takde banyak makanan dah. Ada sayur jer tinggal. Nampaknya kenelah jadi vegetarian sekejap. Anyway dalam banyak2 masakan, aku sebenarnya paling excited bila nak masak sayur, and rasa happy bila tengok dalam fridge ada banyak sayur.

Eh dah lambat rupanya. Orait, chao.

  posted by aiza farina @ 11:45:00 PM


Monday, August 26, 2002  

 
Alo...can't believe it's already sunday. Esok dah isnin and lagi seminggu je dah start class balik. Sayangnya dekat cuti yang tinggal sikit ni. Next sem will be a very busy time for me..i think. Aku wonder gak...how am i to cope with org chem 2, physical chem, DE, mat sci and arab. We'll see then.

Plan to go back this winter. Tiket mahal. Cuti sekejap about 3 weeks je kat rumah, but I sort of promised to go back so kena balik jugak. Takpelah sekejap pon, buat lepas rindu je jadilah.

Many people like to generalize things. Easier that way huh, though it is politically incorrect.

Katalah kita ada kenal someone ni nama dia A, bila kita dengar pasal orang lain yang nama dia A juga tapi kita tak pernah nampak atau kenal orang tu macam mana, biasanya kita akan rasa orang tu resemble A yang kita kenal tu.

KIta selalu dengar love phrases, tapi pada aku in real life tak ramai orang yang sebut this so called 'love phrases' actually meant what they said. In other words tak ikhlas. Some people even memorized this pharases and guna ayat2 tu bila perlu...and orang yang dengar tu boleh actually cair lah. Why can't people just say nice and simple words but deeply mean what they say? That's life eh.

Kalau semua orang tak ambil tahu keburukan orang lain (yang bukan bertujuan untuk menegur) dan tak merendah-rendahkan orang lain, banyak individual conflict tak akan wujud.

Susahnya nak cari perkataan yang sesuai kalau nak menerangkan sesuatu.

Aku tengah in the middle of 2 books, satu harry potter; goblet of fire and satu lagi buku john grisham, the brethen. Cuba teka mana satu habis dulu agaknya. Yeah harry potter menang...hehe.

Eh, dah isnin dah. Ok till then. Adios.

  posted by aiza farina @ 10:45:00 PM


Sunday, August 25, 2002  

 
Alo...how's your day? Mine was ok, i guess. Bilalah nak betulkan computer aku ni.

Everybody must at least has a dream yang kalau dia bagitau orang lain orang akan cakap "that is your dream?". It's okay...just keep it to ourselves and secretly try to achieve it.

Kadang-kadang kita buat something yang sangat spontaneous sampai bila kita fikir macam mana nak buat benda tu otak tak berjalan....or benda tu rasa tak kena. Contohnya tadi masa try survey tiket balik M'sia aku boleh pening macam mana nak eja los angeles sebab masa tu aku fikir yang benda tu sounds spanish, so must be ejaan dia los angelos ke ape.

Biasanya benda yang kita beria-ria nak buat and takut terlupa tu lah yang kita terlupa nanti. By the time kita realize kita belum buat benda tu it's too late already.

Tadi junior aku masak mee bandung segera. Sedapnya, dah lama tak makan. Rindu nak makan mee rebus jugak. Tiba-tiba teringat dekat sayur pucuk ubi masak lemak, ikan bakar, steam fish, kuah tempoyak,ikan keli goreng cili etc.. Bila nak dapat makan semua tu balik agaknya. Nasib baik masa gi dc hari tu dapat makan masak asam pedas...favorite aku tuh.

Pernah tak kadang-kadang rasa nak tidur sangat tapi elok je letak kepala atas bantal tu hilang ngantuk. Lepas tu tak boleh tidur pulak tu.

Sometimes I wonder, when is the time when I can write informally using just one language. Either English or Malay and not a combination of both in the same sentence or paragaph or the entire....what should i call it..ermm...writing? essay? i don't know.

Rasa nak tidur tapi tak mengantuk sangat lagi. Hmm...baik baca buku cerita. Oklah, adios.

  posted by aiza farina @ 11:08:00 PM


Saturday, August 24, 2002  

 
alo....internet rumah aku dah ok dah. Tapi computer pulak tak ok. Takpe nanti try betulkan.

Next sem amik 4 major subject plus satu arab. Dah gila agaknye aku amik subject banyak2 camtu. Kalau boleh bawak takpe juga...hehe.

Sekarang ni hidup aku sangat rutin. Malas nak citer. Tiap-tiap hari buat benda sama. Bosan. Fitrah semulajadi manusia perlukan perubahan.

Semua orang mesti ada pernah buat something yang dia rasa sangat excited masa mula-mula tapi lepas tu dia tak keep up benda tu. Lepas tu benda tu terbengkalai macam tu je. Masa aku kat stf dulu aku pernah try tulis cerita...novel like la kononnya. Tapi buat sket je lepas tu rasa plot dia tak best and start balik citer lain. Last2 satu apa pon jadi.

Aernie cakap aku garang. Garang ke aku?? Dia ajak aku borak merepek2 masa aku tengah tulis ni. Memangla aku tak nak layan. pastu aku juga yang konon garang. Tak adilnya dunia ni...hehe.

Kalau risaukan sesuatu problem yang di luar batas keupayaan kita untuk selesaikan, pernah tak fikirkan solution kepada problem tu yang kadang2 macam complicated lepas tu kita hope problem tu selesai seperti solution yang kita fikir tu tapi biasanya tak pernah jadi. (Kalau ikut bm standard ayat aku before ni kene ade period and coma lagi.)

Kenapa bila bosan orang kata mati kutu? Kalau ikut camtu maknanya orang yang happening mesti kepala dia banyak kutu...kan.

Ramai orang yang cakap hidup dia tak dipengaruhi orang lain. As in peduli apa, orang lain nak kata apa. Do these people actually meant what they said? Aku rasa lebih ramai orang cakap macam tu pasal that is what supposed to be said. Kiranya memang nampak orang tu strong kalau decision dia neutral dan tak dipengaruhi perception orang lain. Tapi rasanya in many circumstances kita ambil berat juga apa pandangan orang lain.

Sekarang tengah dengar lagu raya dalam winamp aernie. Rindu pulak rasanya nak raya kat rumah. Ada sekali hari tu aku masak rendang sebab masa pergi kerja tercium bau rendang(obviously bukan laa..bau je sama). Tapi termasin pulak rendang aku hari tu.....spoil betul.

Bercakap pasal makanan boleh buat wajah ramai orang kellihatan berseri-seri. Betul tak??

Oklah nak sambung buat takde pape. Au revoir.

  posted by aiza farina @ 9:11:00 PM


Thursday, August 22, 2002  

 
Alo...lame eh aku tak update. Tak tau lah ade orang yang baca lagi ke tak. N'way baru je balik from dc khamis hari tu. Ada mara seminar kat sane. Best gak aa pegi.

Dekat dc panas. Masa pegi sana baru aku tahu betapa bestnye minney ni pasal temper ature ok jugak. Banyak juga laa benda yang aku belajar. Diorang banyak ingatkan pasal tangungjawab kita as student.

Result chem aku tak best!!!!!! Sedihnya...tapi dari apa yang aku dapat masa kat dc hari tu. MUngkin bukan pasal aku dah tak pandai dah, mungkin ada something wrong yang aku tak dapat lagi nak figure out apa. Nanti bila aku dah tau apa yang buat slag tu baru boleh dapat result best agaknya.

Hari tu pergi dc naik kereta. Satu hari tu aku tidur. Malam tu patutnye tidur dulu baru bertolak tapi aku tak boleh tidur and lepas 10 minit tidur tu dah nak kene bertolak dah.

Anyway masa tengah jalan tu aku teringat e mail yang aku pernah dapat and terfikir macam mana kalau tengah jalan tu tetibe accident ke atau berlaku apa2 yang tak baik..nauzubillah. Life aku lepas tu habis macam tu je. Tak ada apa yang aku sempat accomplish pon lagi. Tak ada apa lagi contribution aku yang sempat aku kasi and responsibility yang aku pegang pon tak tertunai lagi...amal untuk akhirat tu takyah cerita laa. Lepas tu aku terfikir lagi, macam mana kalau aku mati tapi aku tak sempat lagi bagitau orang2 yang aku sayang, yang aku sayang dekat diorang. That is another thing yang aku akan regret giler aaa tapi masa tu dah tak boleh nak regret pasal dah mati kan. Alhamdulillah semua tu ada dalam otak aku je tapi tak berlaku.

Eh jauh lak merepek. Setuju tak kalau aku cakap hidup kta ni complex and penuh dengan benda yang kita tak dapat jawapannya. Semua benda adalah tak pasti. Banyak benda yang kita buat berdasarkan apa yang kita assume je.

Percaya tak kalau aku cakap kita tengok something tu berdasarkan perspektif kita dari apa yang kita nak benda tu berlaku and apa yang kita nak tengok. Kita akan jadi lebih observant dengan something yang kita rasa significant dengan life kita tak kira laa benda ke orang ke. Contohnya aku tengah lapar and ada nasi kat atas meja. Kalau aku tak lapar aku tak perasan pon ada nasi atas meja tu tapi disebabkan aku lapar and nak makan nasi maka aku nampak yang dekat atas meja tu ada nasi. Lebih kurang camtu aaa.

Sebenarnya dari awal2 aku tulis blog ni lagi ada banyak benda yang aku tulis masa aku tengah pikir something. Tapi bila aku kasi contoh aku kasi pasal benda yang bukan aku tengah pikir pasal aku tak nak korang tau apa yang tengah pikir. Macam masa aku tulis paragraph kat atas tu aku tengah pikir pasal something yang takde kena mengena langsung dengan makanan and aku tengah kenyang pon. Tapi aku kasi contoh macam tu sebab aku nak divert orang adri tau apa yang aku tengah fikir tapi message tu still sampai. So kalau ada orang yang faham aku and boleh read between the lines dia tau laa apa yang aku tengah fikir.

Anyway malam ni aku tulis panjang sikit sebab aku tak tau bile lagi aku nak update entry dalam ni sebab connection teruk sangat. And lepas ni pon maybe aku akan jarang online aaa. At least tak laa selalu sangat macam dulu. Oklah dah mengantuk dah. Chiao
.

  posted by aiza farina @ 10:50:00 PM


Saturday, August 17, 2002  

 
Alo....semalam dah abis dah finals. Alhamdulillah. Lepas ni tenang sikit jiwa aku tak payah berpening-pening lagi. Organic chem tu aku tak tau lah nak kata ape. JUst that kalau aku dapat B pon (which I hope not) aku redha laa. Sebab memang aku masa dah dekat-dekat nak test tu tak larat dah nak study. Aku tengok lord of the rings yang lagi best dari lord of chemistry.

Malam tadi junior sampai dah sampai dah and duduk rumah aku. Diorang duduk sini dalam seminggu kot. Tak sure lak aku.

Dah tengok dah ice age..baru nak tengok padahal citer dah berkurun dah keluar. Tapi best aaa. Anak orang tu comel sangat and binatang tu sumer cool. Sedih jugak.

Hmm..bilik aku pon dah kemas pasal buat spring cleaning sket lepas abis test. Bilik orang nak finals biasa lah macam tongkang pecah. Mesti ramai yang cakap "eh bilik aku tak pon"....haha..peduli apa aku.

Perasan tak after every entry aku tulis lagi nama aku kat bawah walaupun dah automatic keluar nama aku yang post entry tu. So mulai hari ni tak nak lah tulis lagi nama kat bawah.

Oklah nak gi amik laundry, call rumah and amik result test music aku semalam. Adios.

  posted by aiza farina @ 5:42:00 AM


Friday, August 09, 2002  

 
Alo...semalam sampai tengah hari tadi internet rumah aku down...haha. Rasa kelakar jugak sebab semua orang lepas tu cam tak reti nak buat apa. Aku lagilah bosan tak ingatnya. Dahlah terperap dalam bilik, asik tengok je buku organic chem tu.

Hmm...tak larat nya nak tunggu after final. Cepatlah sikit habis final dah tak larat dah nak belajar(macam ye je study). Rasanya cuti lepas ni better kot dari cuti after spring sem hari tu pasal lagi pendek dan ada benda nak buat.

Tadi pergi tengok buku arab. Mahalnya semua buku tu, dah la banyak yang dah habis. Lepas tu ada lah tinggal berapa kerat je lagi buku. Ada dua yang baru so aku tak beli sebab mahal, Lagi satu tu used dictionary. Yang tu je aku beli yang lain2 tu cari online je lah. Hopefully dapat murah sikit. Buku lain semua tak beli lagi. DE dah tukar buku baru. Material science punya buku pon dah tak ada. Banyaknya lagi nak kene beli.

Bosan la makan dekat us ni. Asik makan lauk sama je. Pulak tu kitorang satu rumah semua masak pon dah rasa dia jadi lebih kurang. Serious dah tak lalu dah nak makan. Tapi kalau tak makan nanti pening pulak. Lagipon kesianlah dekat sapa yang masak tu penat je masak takde orang makan.

Banyaknya benda yang aku tulis tapi dah delete.

Sebenarnya aku tengah down ni. Ada internal error kot sama macam internet connection rumah aku. Takpe nanti-nanti ok lah kot.Adios.

Aiza

  posted by aiza farina @ 4:25:00 PM


Tuesday, August 06, 2002  

 
Alo semalam tak jadi nak tak tidur...tidur juga akhirnya...hehe

Hari ni call rumah lagi sekali sebab semalam terlupa nak inform parents aku yang khamis ni final exam dua-dua paper. Tapi adik aku dah balik dah sekolah so tak dapat borak dengan dia.

Sekarang ni tengah sesedu(hiccups). Mak aku cakap dulu tu maknanya nak membesar. Bunyi macam tak best je. Sape nak membesar, kalau meninggi tapi tak melebar nak la.

Selalu kalau aku main game yang lama, bila dah tak main pon still boleh nampak lagi gambar tu bergerak-gerak. Kadang-kadang tu masa nak tidur pon otak boleh main lagi. Sama juga kalau kita study, boleh je nak bawa masuk mimpi.

Masa kat sekolah dulu aku pernah mimpi jawab soalan add math and tak nak bangun tidur pasal tak dapat lagi solve problem dalam mimpi tu. Masa kat ppp mimpi c++. Tapi lately ni aku mimpi organic chem pulak. Bunyi cam rajin gile kan sampai terbawak-bawak mimpi. Tapi aku ni memang pemimpi orangnya. Tidur 2 minit yang kepala atas meja pon sempat mimpi lagi.

Kenapa rasa macam sama je perangai aku sekarang dengan aku 5 tahun yang lepas. Kalau ada pon lain sikit-sikit je. Dulu aku ingat by 20 aku dah matured. Tapi sampai sekarang ni macam tu juga. Hmm....tak boleh jadi ni. Mungkin aku kena buat revolusi dalam diri aku ni secepat mungkin before aku 20 tahun. So nanti betul lah ape yang imagine dulu.

Tadi aku dengar lagu I will survive dengan how do i live. Dua-dua best tapi lyrics contra gila. Tapi aku rasa dua-dua betul sebab case macam lain-lain.

Sekarang ni rasa tak sabar nak habis finals. Tapi nanti bila dah habis tu, bila dah balik dari dc, mati kutu balik macam dulu tak tau nak buat ape. Lepas tu kalau boleh nak class start balik sebab bosan. Tapi nanti bila class dah start mesti nyesal gila pasal tak cuti puas-puas. Lepas tu dah tak sabar nak habis semester tu pulak. Hmm..betul lah macam ustazah aku dulu kata. Perubahan tu memang "fitrah semula jadi manusia"-ni jawapan standard yang selalu aku kasi masa jawab paper agama pmr.

Oklah, nak sambung tenung buku. Mungkin akan membawa hasil yang baik. Au revoir.

Aiza

  posted by aiza farina @ 9:53:00 PM


Sunday, August 04, 2002  

 
Alo....penatnye hari ni padahal tak buat apa-apa pon. Malam ni tak nak tidur kalau boleh nak belajar....may the force be with me..haha.

Pagi tadi call rumah. Bestnya dapat borak dengan parents walaupun selalu call tapi best jugak still. My kid bro pon ada kat rumah tadi. Dia balik rumah ambik surat beranak sebab nak pergi Bangkok for exchange students program. Best dapat borak dengan adik jugak.

Paling best kalau hati kita tergerak nak something tu tetibe je dapat. Macam baru-baru ni aku teringin nak makan nasi kerabu sebab masa tu tengah tengok recipe. Tapi tak tau nak buat pasal bahan takde. Alih-alih selang 2-3 hari zura cakap aku tak yah masak tengah hari tu pasal Melayu(ni nama orang) buat nasi kerabu, dia pergi beli barang semua lah. Allah kesian kot dekat aku dah dapat dah makan.

Kenapa buat jahat lagi tempting padahal nak buat baik lagi senang sebenarnya.

Aku jarang agree dengan orang kalau dia cakap pasal beza antara laki perempuan tapi bila ikhwan tulis orang perempuan ni cepat jealous, i couldn't agree more. Kadang-kadang tu benda kecik pon boleh jealous yang orang lain selain orang yang jealous tu susah nak faham.

Some people are very observant yang benda-benda kecik pon dia perasan. Aku rasa sebenarnya ramai orang yang perasan benda-benda kecik ni just dia tak acknowledge je yang dia perasan benda tu.

Bestnya dapat makan aiskrim masa hari tengah sejuk-sejuk. kelakar kan tapi kalau tengah panas tak boleh makan aiskrim nanti sakit tekak.

OKlah nak gi study kot. Adios.

Aiza

  posted by aiza farina @ 7:24:00 PM


Saturday, August 03, 2002  

 
Alo...baru dapat berita pasal ada kawan yang dah nak kawin. How time flies, rasa macam baru je jumpa tiba-tiba kawan tu dah nak jadi isteri orang. N'way selamat pengantin baru and yes like fairy tales may you live happily ever after.:)

Pagi tadi dapat bangun pagi. One thing that I like, kalau bangun pagi nanti rasa macam ada banyak masa pagi-pagi tu. Macam pagi tadi aku dapat la study sket and bila dah penat sempat gi jogging kejap lepas tu baru breakfast sumer.

Kadang-kadang kita rasa confuse pasal something. Pernah tak rasa macam kita tak tau apa yang kita nak sebenarnya. When making a decision, a big one that is, fikiran kita ni senang berbalik-balik. Kejap rasa macam ni lepas tu tukar lepas tu tukar balik.

Sometimes rasa tak deserve apa yang kita dapat and tak dapat ape yang kita rsa kita deserve. Do I make sense?

Masa aku kat sekolah dulu kan, aku heartless la jugak. I didn't even cry masa last day kat sekolah even though orang lain yang peluk aku tu menangis. Maybe pasal aku rasa masa tu macam still boleh jumpe juga walupun dah tak sama sekolah. I don't know. Tapi aku memang susah gile aaa nak nangis and senang nak control emotions sendiri. Mak aku cakap tu pasal aku keras hati...hah.

Anyway sekarang ni aku rasa macam senang je nak sedih. Maybe pasal jauh dari family kot and rasa cam kosong ke ape tak tau laa. Lepas tu mood swing. Aku rasa ni maybe ada kena mengena dengan mechanism manusia kot. I don't very much like this mood swing thing. Kadang tu rasa cam ridiculous lak.

Tak tau lah ape aku merepek nih. Oklah . Chao.

Aiza

  posted by aiza farina @ 8:13:00 PM


Friday, August 02, 2002  

 
Hei..this thing is working back...alhamdulillah. Tak sure if people still reads this sebab dah lama sangat tak update.

I was very busy these last few weeks. Ade test organic chem every week. Lepas tu ada quiz music pulak. Kerja lagi petang. Hmm...nampak dah banyak masa yang dulu aku ada sampai berbosan-bosan tu sekarang dah tak cukup.

Well, next week ada final organic chemistry and final music. Both on the same day. Satu habis 9.15 (biasanya 9.15 ++) satu start 9.15. Satu dekat east bank satu lagi dekat west bank. Hmm...I wonder macam mana nak lari bagi sempat tu. We'll see.

Insya Allah i'm going to Washington DC Saturday right final week tu. Dah lama rasanya tak travel. Actually I'm supposed to come back here alone because orang lain semua either balik tempat lain or ada plan lain. But, some friends teman aku balik sini pasal risau aku balik sorang-sorang. Ntahlaa....rasa bersalah pula sebab buat orang lain cancel plan diorang. Anyway, my point is that kadang-kadang kita tak tahu sape yang akan tolong kita so just be good to people. And sure, sometimes friends can be really nice to you :)

Ok back to organic chem. Tadi baru je dapat result yang tak best sangat. Of course aku bersyukur pasal result tu tak jadi lagi teruk tapi sometimes kita rasa apa yang kita buat tu tak seperti apa yang kita harapkan kita dapat. It's like sometimes kita rasa kita deserve better walaupun maybe tak sebenarnya, but when we put effort to something although not as much kita still nak benda nak kita cuba achieve tu berjaya. Maybe aku cakap belit-belit.

Ok let say dulu aku tak study sangat. Masa chem 1 dulu study sikit-sikit je and dapat A. Sekarang, aku put effort (walaupun maybe tak sebanyak orang lain) and still try untuk dapatkan result yang best tapi still tak dapat-dapat jugak. Somehow mestilah aku frust kan. Lagi-lagi pula kalau orang lain dapat result best. Maybe aku tak study sebanyak orang lain tapi kalau tengok dari dulu pon memang aku study tak sebanyak orang lain tapi still dapat result ok. Lagipon it's not like aku malas ke apa, I worked hard on it. Know what, aku rasa otak aku dah berkarat sikit. And as a friend suggest( dia main2 laa), aku maybe banyak buat dosa kot. Maybe it's true, banyak lagha that is.

I think that's all. Nanti tulis panjang-panjang tak boleh publish pulak kan. Adios.

Aiza

  posted by aiza farina @ 9:00:00 PM


Thursday, August 01, 2002  
Powered By Blogger TM