aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
Hi....esok dah nak test org chem tapi tak habis baca lagi...camner? Well takpe sket lagi nak sambung study.

Semalam tengok cerita nightmare on elm street , my favorite masa kecik-kecik tapi tengok masa dah besar camni pon still best lagi. Semua orang ada type cerita yang dia prefer. Macam ada orang suka tengok cerita romantic, ada orang suka action, comedy, thriller.

Kadang-kadang ada something tu jadi turning point kita. Something yang change diri kita sama ada semakin baik atau tak. Something yang terjadi tu tak semestinya besar, dia boleh jadi benda yang kecil dan remeh tapi masih mampu memberi kesan kepada diri kita. So, people change. Just that sometimes the changes are not so drastic that they did not realize it. Apa aku merepek ni paham ke?

Dulu masa kat ppp, masa cuti aku selalu masak lunch dekat rumah. Tapi masak untuk aku ngan mak aku(she's a teacher so kerja sampai tengah hari) je pasal bapak aku kerja and adik-adik aku dekat sekolah. Masa tu hari-hari aku masak ikan goreng cili dan sawi masak air atau ikan goreng, potato goreng cili, sawi air. Sebab masa tu aku tak reti potong ayam so masak ikan je laa.

So, sampai dekat us ni aku jadi tau masak. Semua benda aku bantai je tapi jadi la jugak sebab aku selalu tolong mak aku masak so macam masuk dalam subconscious mind aku kot ape mak aku taruh semua. Still, aku tak reti potong ayam so housemate aku ajar la tapi kalau nak potong jadi lagi kecik sakit-sakit laa tangan nak hentak pisau tu. Last-last aku pon ambik hammer bila nak potong ayam. Masa tu aku sorang je guna hammer. Sekarang ni hammer tu tempat dia dalam laci dapur rumah. Dah jadi peralatan memasak dah pasal semua orang pon guna jugak.

Summer dan winter di Minnesota tak best. Either sangat panas or sangat sejuk. Aku suka fall sebab masa tu dah sejuk sikit tapi sejuk yang best. Lagipun cantik nanti pokok-pokok semua tinggal ranting jer.

Ok dah kena start belajar. Au revoir.

Aiza

  posted by aiza farina @ 8:45:00 AM


Sunday, June 30, 2002  

 
Alo...nothing much happened lately. Just the same old me plus a bit of organic chemistry. Nak test dah this monday. Cuak gak. First test for this semester. Kalau korang teringat dekat aku, doakanlah gak eh.

Sekarang ni tak boleh tidur malam sangat sebab dah tidur siang. Rasa cam dah ari lak biological clock tu. Tapi nak buat camner. Sebab siang memang penat lagipon panas. Malam rasa tenang sikit kalau nak belajar(walaupun biasanya akan tersangkut depan comp ni berjam-jam and last-last tak ler study banyak mane pon).

Tadi lynn kasi address satu page ni yang buat aku rasa terkejut. Dalam tu ade gambar stfians form 5 masa aku form 1 dulu yang dah kawin.And bukan sorang dua. Ada a few. Tapi tu yang gambar jer. Sure ade lagi tapi just takde gambar jer. Rasa cam tak percaya pasal orang tu semua aku kenal and diorang dah kawin. This includes my dormate yang ganas k. hani, drum majorette k. yan, and head prefect k. akhma. Oh man, this shows that i'm really already a grown up. Pastu the conversation goes like "Sure lepas ni dengar citer batch kita lak yang sorang-sorang kawin." "Kita je yang takde sape" *gelak**gelak lagi*

So lepas tu terasa cam nak surf jap. Cari-cari and terjumpe laa this page batch 90-94. Best gak aaa sebab lepas tu teringat masa zaman kat sekolah dulu. So sementara aku tengah tekenang ni..i'll share some of the traditions back then in stf. Tradition memang kitorang sendiri yang buat aaa, senior dulu-dulu..... yang kadang-kadang rasa tak masuk akal. Tapi memang almost sumer orang accept tanp[a banyak soal. Kire cam taklid buta aaa.
1) Nobody eats alone at the dining hall because it is way uncool. Kalau dah takde orang nak gi makan saing, alamatnye ambik share dalam tupperware and makan kat dorm jer laa.
2) Kalau makan berdua or more mesti duduk mengadap tak boleh duduk bersebelahan. Nanti kena gelak sebab duduk makan macam pembaca berita.
3) Tak boleh pakai selipar jepun keluar dorm dan pergi merayau-rayau. Cam selekeh kot...ntahler
4) Saturday night was when almost everybody mesti keluar round compound sekolah. And again nobody walks alone. Mesti ade geng or dengan "adik" or "kakak".
5) Toing. That is the term we use for "jambu" in other words. Biasanya kalau toing orang tu mesti ada kasi messege (we use the term "mess" , presents, good luck charm (glc) etc. Kadang-kadang tu rasa kelakar pasal satu test paper tu just tulis mess yang kata eppy prepping or stay cute or goodnite.
6) Nicknames. We usually put erque at the end of the name. Contohnye ida=iderque, hasriza=rizerque, shaza=shazerque and so on. Tapi kalau junior takleh nak letak nick nih sesuka hati kena senior yang kasi. Tapi kalau dah jadi senior boleh letak sendiri aaa. Btw aku tak pernah ade nick.
Banyak lagi tapi tak larat aa nak tulis.

Oklah rasa cam ngantuk lak. Gnite. Au revoir.

Aiza

  posted by aiza farina @ 12:01:00 AM


Saturday, June 29, 2002  

 
Hi..hari ni Nanim dah balik mesia. Pagi tadi hujan lebat sangat sampai seluar aku basah hqabis walaupun dah pakai payung. Pulak tu ade class music yang sejuk (sbb air cond die kuat) and kene duduk dalam class tu dengan seluar yang basah. Akibatnya: terpaksa berulang alik ke bilik air.

Hari tu Nad yang bagitau pasal PM resign for 45 minutes lepas tu tarik balik sebab semua orang minta dia tarik balik. True. Pada aku Malaysia memang kalau dilihat pemimpin-pemimpinnya secara kasar tak ada yang betul-betul boleh menggantikan tempat tu. Besar tanggungjawab memimpin sesebuah negara. Nak make sure negara tu stable from every aspect. Tambahan pula, negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, sangat senang berlaku pecah belah and lately ni banyak pulak issue racism yang keluar. Tapi sampai bila kita nak bergantung pada mahathir sorang untuk mencorakkan masa depan negara kita. Dia pon manusia biasa juga yang kita tak tahu sampai bila dia mampu ada untuk mentadbir negara. Lambat laun perlu ada juga orang yang menggantikan tempat PM tu. In my opinion, should start training someone seriously for the post. Now. Sementara belum terlambat.....

Lately ni selalu penat. Tak pergi kerja pagi. Pergi class balik tu terus tidur. Lama pulak tu. Tak larat nak bangun padahal malam bukannya tidur lambat pon. Biasanya by 12 dah start cari bantal laa. Still penat. Lembek lesu. Baru-baru lagi kot sebab hari tu dah terbiasa lepak kat rumah kan. So maybe terasa penat sikit pergi belajar.

Stf band dapat first place masa pertandingan orkestra SBP hari tu. Hmm...hopefully after ni terus laa naik tak payah turun-turun dah. The last time we get first was in 1997 and that was the first time pertandingan orkestra tu diadakan. Our toughest opponent was SSP. We practised like hell..petang dan malam. Kalau weekend pagi sampai lunch, petang sambung, maghrib isya' and continue lagi malam. But yes, worth the effort.

Ok nak tengok-tengok buku pulak. Au revoir.

Aiza

  posted by aiza farina @ 8:41:00 PM


Monday, June 24, 2002  

 
Hi...Arra dah balik mesia tadi dengan Fazdlee ngan Aqla. So sekarang ni aku tengah duduk dalam bilik sorang-sorang. Sedih pulak rasanya. Satu of course laa pasal aku tak join balik mesia sedangkan sebenarnya aku yang beria-ria sangat nak balik summer ni. Since dekat KLIA masa mula-mula nak bertolak lagi aku dah plan nak balik summer. Masa tu ramai yang kononnya tak nak balik, macho lagi kan baru sampai. Alih-alih aku pulak yang decide nak stay summer orang lain semua pakat balik. Ni semua gara-gara aku nak ambik juga organic chem masa summer ni so macam tak worth sangat kalau balik dapat sekejap jer.

Sekarang ni liat sangat nak pergi kerja. Masuk esok dah 5 hari aku tak pergi kerja. Kesian juga dekat Rob tapi aku serious tak larat nak keluarkan tenaga aku pagi-pagi buta. Kalau aku bangun pagi pon aku still tak nak pergi kerja juga.

Kalau ingat benda yang kita buat masa dulu-dulu mesti banyak yang rasa kelakar. Tak tau lah korang tapi aku masa kat stf dulu rasa tak berkembang, naive giler (sekarang pon still tapi tak sangatlah). Cakap pon ikut sedap jer. Lepas tu boleh borak pasal benda yang merepek seperti apa yang cikgu kitorang selalu buat ke cakap ke and discuss pasal benda tu satu class.

Masa aku pergi SUKOM band practice dulu kitorang pernah gelakkan budak SAS pasal diorang pakai sun block. Seingat aku, aku pon tak pernah pakai sun block seumur hidup aku tak tau lah kot mak aku tepek ke masa aku kecik. And majority stfians memang tak pakai sun block walaupun selalu berjemur tengah panas.

So far class aku sumer ok lagi. Tak tau lah in future camner sebab lecturer org chem tu memang dah warn yang memang susah. Boleh je nak rasa yang kita tau benda tu and faham semua tapi sebenarnya tak ( ni case normal bagi aku, perasan terer). SO aku rasa maybe this time aku kene put effort lebih kot. Tapi lecturer aku sumer best. Org chem ngan music, dua-dua best...so far laa.

OK lah aku nak gi tidur. Adios.

Aiza

  posted by aiza farina @ 10:03:00 PM


Tuesday, June 18, 2002  

 
Alo...sekarang ni rumah aku dah 4 orang balik. Tapi hari Selasa nanti Arra dah nak balik mesia pulak. So tinggal 3 orang balik.

Esok dah start summer class. Pagi ada organic chem lepas tu ada music sampai tengah hari. Rasa malas juga sebenarnya nak pergi class tapi kalau takda class pon mati kutu duduk rumah.

Sekarang tengok cerita miss congeniality. Best juga jadi perempuan macam tu. Cool. Semua benda boleh buat. Practical dan tak mengada-ngada. Cuma dia macam almost extreme case lah.

Kalau aku balik mesia sekarang ni mungkin aku tengah jumpa kawan-kawan lama aku dulu. Masa aku sekolah rendah aku ada sorang kawan yang close gila ngan aku. Dia datang rumah aku. Aku selalu gak datang rumah dia walaupon jauh. Share sumer benda ( as in secrets lah, barang pon ada jugak). Tapi dah lama dah tak contact. Last sekali masa hantar kad raya masa form 5 dulu. Pastu after spm aku pindah Perlis and sekarang ni dah pindah KL pon balik. So kalau aku balik rumah maybe boleh jumpe tapi aku tak balik.
Hmm..tetibe jer aku rasa takde mood nak tulis. OKlah ye. Bye.

Aiza

  posted by aiza farina @ 8:27:00 PM


Sunday, June 16, 2002  

 
Hmm...hari ni aku tak pergi kerja lagi rupanya. Tadi call rumah lepas tu kantoi ponteng ngan bapak aku. Sebab kerja pagi. Aku call rumah dalam pukul 9 lebih selalu. Maknanya kalau aku call rumah weekdays aku tak pergi kerja. So bapak aku macam dapat figure out yang aku tak pergi kerja lebih kurang once every 3 hari...hehe.

Hari ni mood aku baik jer. Alhamdulillah. Maybe pasal tak kerja kot so taklah penat sangat. Tapi rasanya pasal dah call rumah.

Tak lama lagi dah nak start summer class. Hope it is going to be enjoyable.

Sapa ingat lagu bicara rindu AtoZ. Dulu masa kat sekolah aku suka lagu ni. Aku tak kenal sangat suara penyanyi. Tak kiralah M'sian ke mat saleh ke. Tapi ade a few yg aku boleh cam macam siti nurhaliza, m nasir ngan zamani(slam).

Rindunya nak makan nasi lemak balut daun pisang, karipap sardin, murtabak, roti sardin, roti telur, ikan bakar, fast food and paling aku rindu sekali yang mak aku masak. Cuba teka kenapa aku cakap pasal food? Ye...sebab aku lapar ah.

OKlah dah tak nak merepek. Au revoir.

Aiza

  posted by aiza farina @ 9:54:00 PM


Thursday, June 13, 2002  

 
hmm...mula ingat tak nak update tadi. Tapi tak jadi so update kejap lah.

Tadi tak pergi kerja lagi. Rasa nak demam. Pening sikit tapi masa kat rumah serta merta jadi ok. Masa nak pergi tu jer rasa tak sihat. Heh takpe...semalam dah bertungkus lumus takde lah rasa bersalah sangat.

"Orang perempuan memang mudah kecil hati"(atem's blog). Yes, I totally agree with that. Kadang-kadang tu benda kecil yang rasanya tak masuk akal pon boleh jadi besar...hehe. Aku pon selalu gak kecil hati dengan orang tapi biasanya orang tu tak tau ah and pandai-pandailah pujuk hati sendiri. Lagi-lagi pulak kalau dengan close friends.

Dah tak larat nak makan masakan sendiri dengan masakan housemate aku. Sama jer rasa hari-hari.

Esok birthday adik aku. So happy birthday to my only brother.

Tadi aku mengisi masa lapang dengan melukis. Dekat paintbrush ngan dekat kertas tapi yang dekat kertas tu tak siap lagi.

Ok nak tidur lah. Tomorrow is a working day, insya Allah. Au revoir.

Aiza

  posted by aiza farina @ 10:19:00 PM


Wednesday, June 12, 2002  

 
Alo...hari ni penat kerja tapi tadi aku bersungguh-sungguh buat kerja. So, puas hati juga lah.

Elok kalau makan buah dulu sebelum makan nasi (main dish lah) and minum air lebih kurang setengah jam after habis makan.

Sekarang ni aku tengah hari selalu makan garden burger kat fairview. Rindu ah nak makan yang betul-betul punye asik makan sayur ngan fillet jer. Takpe tunggu balik mesia nanti.

Semalam aku rasa macam dah nak demam dah tapi tak jadi lak.

Aku tak suka makan ubat bila sakit sikit-sikit. Kadang-kadang tu sakit tak sikit pon tak nak makan ubat. Kononnya nak biar antibodi badan jer lawan biar tough sket. Sebenarnya malas nak gi makan. Rasa macam banyak kerja.

Panasnya minny ni. Rasa susah nak percaya tempat yang masa winter sejuk gile sampai beku-beku boleh jadi panas macam ni. Tapi memang best lah kalau hari tu tak panas tak sejuk sangat.

Oklah tak larat ah nak tulis lagi. Au revoir.

Aiza

  posted by aiza farina @ 7:58:00 PM


Tuesday, June 11, 2002  

 
Hi....esok kena pergi kerja lagi. Baru sebut perkataan "kerja" dah terbayang dah penat yang bakal dihadapi. Tapi nak buat macam mana kan. Takkanlah asyik nak ponteng memanjang.

Tadi ada baca dalam blog orang (having plenty of unused time today) yang favorite author dia Edward Said. Man..he is the one that I have to read last semester for my Geography of Islamic World for book review. The book, Covering Islam, is good and enlightening (at least for me). Class tu pon best juga, just that I felt so out during discussion sebab certain things yang diperbicangkan tu aku tak pernah dengar or maybe aku tak pernah ambil kisah pun sebelum ni.

This might be wrong tapi pada aku hope boleh membawa kesan positive and negative dalam diri kita. Katalah ko hope something to happen(dapat 4 flat ke) tapi benda tu tak jadi kita nanti jadi kecewa sebab kita taruh harapan agar sesuatu tu jadi. Tapi bila kita ada harapan tu kita akan somehow try juga untuk buat benda tu jadi possible...work harder etc. So benda tu nanti mungkin boleh berjaya atas usaha kita tu tapi kalau tak berjaya kita frust sangat sebab banyak effort dah ditaruh dan harapan tu ada.

Malam ni aku sakit perut..banyak angin padahal dah makan dah. Macam budak kecil yang kembung tengah-tengah malam.

Oklah nak tido. Adios.

Aiza

  posted by aiza farina @ 9:40:00 PM


Sunday, June 09, 2002  

 
Alo...hari ni penat jugak walaupon tadi dah tido.

Makin banyak kita tidur makin mengantuk kita jadi. Yang aku perasan kalau aku tidur lambat nanti aku boleh bangun awal. Tapi tak lah lambat sangat. Tapi kalau hari tu tertido awal nanti maybe aku terjaga tengah-tengah malam and tak boleh tidur balik atau terlebih masa yang biasanya bangun.

Hilmi ada post karangan dalam blog die. Don't know why tapi aku rasa sedih bila baca karangan tu. Budak kecil tulis. So sincere. Betul lah budak kecil hati dia bersih lagi. Not like ours, our minds are polluted with prejudices.

I don't know how to put this in words but sometimes kita rasa yang ada someone,let say a friend, yang significant dalam life kita but the other person probably doesn't think the same way. My point is degree significant nye seseorang tu differs from one to another. Malas lah nak elaborate. Pening aku pikir ayat.

Aku sekarang nak biasakan balik dinner sebelum maghrib and makan buah dulu baru makan makanan berat.

My mother told me I have a sharp tounge. Since then aku selalu fikir ayat yang aku cakap supaya tak mengecilkan hati orang lain. Kadang-kadang tu terlepas juga.

BAnyak benda yang aku tulis aku delete sebab aku rasa tak sesuai ataupun aku rasa tak jadi ngan bagitau.

Ok,nak pegi buat kerja lain. Au revoir.

Aiza


  posted by aiza farina @ 9:40:00 PM


Saturday, June 08, 2002  

 
Alo....bosannye sekarang ni. Apa lah aku nak buat. Nak tido pon dah tak larat dah.

Tadi beli buku fundamental of music. Menarik gak aa buku tuh. At least lepas ni dah ade benda yang nak ditengok-tengok(walaupon aku akan still kebosanan lah).

Tensionnye kalau tengah tunggu something tuh. Lagi tension kalau benda yang ditunggu tu tak sampai-sampai gak. Nanti somehow kita akan tertanya-tanya bile laa benda tu nak sampai.

Apelah Dulu tak sabar aku nak cuti sebab dah tak larat nak gi class(hw, asgn, LAB,tests, quiz sumer). Sekarang ni mati kutu dah. Takde benda nak buat. Dah dua hari dah tak pergi kerja sebab rasa macam takde life. So better dok rumah walaupon takde benda nak buat dan kebosanan still rasa macam cuti. Ape ntah aku mengarut ni. peninglah.

Aku sekarang ni rasa macam nak baca buku. Buku cerita lah bukan buku organic chem yang aku baru beli tadi. Buku music pon bukan. I want to read something yang interesting. Bukan buku romance yang stereotype and merepek tuh. Benda yang taklaa berat sangat tapi boleh stimulate otak aku nih.

Pernah tak tiba-tiba jer rasa emotional? Kadang-kadang benda kecik pon boleh rasa macam besar. Rasa nak mengamuk over nothing. Normal kot. Tapi kadang-kadang tu tak sensitif langsung. Tengok benda sedih pon selamba jer. Orang buat something bad pon relax jer. Tak marah. Pelik ah manusia ni.

Oklah. Dah banyak merepek ni. Tengah pening. Au revoir.

Aiza

  posted by aiza farina @ 10:11:00 PM


Friday, June 07, 2002  

 
Alo....penatnye hari ni. Balik kerja tadi aku terus tido.

Hmm...hari ni birthday zura(housemate aku). Our eldest housemate.

Dah besar rupenye kita sumer ni. Dah nak bukan teenager. baru aku tau kenapa kalau orang dah besar biasanya tak bagitau umur die. Well, it doesn't feel that good anymore to get older. Mase dulu memanglah excited. I'm already 16/17 bla..bla. Sekarang kalau nak bagitau orang pon dah tak best sgt aa...hehe. Dahlah takde gaya macam orang dah 20 (aku laa...tak kata pon korang)

Tengah dengar lagu Rindu-Nico. Ni lagu yang dormates aku sumer suke la. Masa tu aku form 2 and senior aku masa tu suka bukak lagu ni kuat-kuat sampai satu dorm pon boleh suke gak.

Aku tak faham kenapa orang nak smoke. Aku tau la ko ade right nak buat apa-apa. Tapi pada aku smoke tu memang tak elok ah. Dahlah ko beli rokok tu gune duit. Pastu ko bakar benda tu and sedut pulak asap-asap yang busuk tu. Tak rimas ke. Last-last nanti ko jugak yang sakit. Apelaa.

Kalau ada sesape nak datang rumah aku kena bagitau in advance. Bolehlaa masak air dulu.

Oklah nak tido ni. Au revoir.

Aiza

  posted by aiza farina @ 10:03:00 PM


Tuesday, June 04, 2002  

 
Alo....bosannya pagi-pagi tak tau nak buat ape. tengah hari ngan petang pon still tak tau nak buat ape. Malam pon selain tidolaa of course.

Aku sekarang ni asik nak makan jer. Gemuk la macam ni. Orang summer makin kurus aku makin gemuk lak.

Sekarang ni panas betul dekat sini. Rasanya Malaysia pon tak panas camni.(ke aku exaggerate ah?)Anyway memang panas aaa sampai aku rasa lembek kalau keluar jalan-jalan.

Banyak benda aku nak tulis sebenarnya tapi tak leh tulis lak sebab nanti korang bace..haha. Sorry lah walaupon ramai orang kata yang this is where u tell things tapi banyak benda yang aku tak boleh and tak nak share dengan orang lain. Personal stuff.

Aku rasa tv tu dah bosan tengok aku. Computer pon dah bosan gak tengok aku tapi nak buat camner kan. Ni lah teman aku sekarang ni.

Aku tetibe rindu lak nak black-out. Kalau masa kat sekolah dulu, ni lah antara masanya yang tetibe aku baik gak ngan junior. Nanti kitorang duduk ramai-ramai bercerita. Biasa cerita hantu ah keluar time ni. Apalah pastu nanti dah takut nak pergi bilik air.

Masa aku form one dulu ada sorang kawan aku ni selalu ajak aku teman die pergi bilik air malam-malam. Aku pon teman aaaa. Pastu dia dah takut nak tido sorang. So kitorang pon tidur la kat atas katil aku. Nasib baik kecik-kecik jer sumer.

Ok nak breakfast pulak. Au revoir.

Aiza


  posted by aiza farina @ 8:37:00 AM


Sunday, June 02, 2002  
Powered By Blogger TM