aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
Hi...hari ni aku penat giler. Pagi tadi gi keje ade ke aku kene buat satu area tu sorang-sorang. Rasa nak pengsan pastu dapat lagi banyak kerja.

Barbeque hari ni best. Semua food sedap. Ayam sedap and meehoon tu memang sedap aaa. Macam makan dekat Malaysia nye kedai.

U pass aku still tak sampai. Apelaa teruk betul.

Tadi aku dpat tahu yang start fall ni sumer budak yang major chem e kene ambik differential equation yang IT. Darn. Habis rosak organization aku. Dah laa kelas tu cepat habis. Ntah2 dah full dah pon. Camner nak register. Katalah aku amik DE tu summer ni pulak. Habis tu organic chem aku ape cerita? Bile pulak aku nak ambik? ARghhh....geram aaa.

Aku satu house sekarang minum air paip jer. Tapi aku terfikir gak. Cuba kalau ada orang datang rumah (yang tak plan aaa). Apa nak kasi minum aaaa? Air paip? Takkan nak cakap yang "kitorang minum air paip je. Pegilaa tadah air tuh." Ataupon amik gelas, bukak paip and pastu kasi tetamu yang datang tuh. Heh..aku tanak pikir.

Dah lama tak call rumah. Phone number baru pon aku tak tau. Rindunye nak borak ngan parents aku. Dahlaa sekarang ni cuti sekolah. Adik2 aku pon ada.

Oklah. Esok aku tanak oegi kerja. Bosan. Penat. Nak tido. Au revoir.

Aiza

  posted by aiza farina @ 9:46:00 PM


Thursday, May 30, 2002  

 
Alo...hari ni ingatkan aku gi keje. Rupe-rupenye tak..hehe.

Sekarang ni dekat luar tu panas. Sekarang ni bukan patutnye baru still spring ke apsal dah panas macam summer. Tapi setahu aku summer dekat sini lagi panas dari summer kat Malaysia. Hmmm....can't imagine.

Rumah aku sekarang macam tongkang pecah. Ada mamat yang jaga maintanance rumah tu cakap die nak cat dinding hari ni. So dah letak barang sumer and clearkan dinding tetibe tak jadi lak. Esok baru die nak datang. So malam ni bersepah giler aaaa.

U pass aku tak sampai-sampai lagi.

Rindu pulak sejuk. Tapi taklaa sejuk winter tuh. Just sejuk sikit tapi still boleh pakai baju selai jer.

ok laa, nak gi tido. Au revoir.

Aiza

  posted by aiza farina @ 9:22:00 PM


Wednesday, May 29, 2002  

 
Alo....tadi aku hantar Aernie gi airport. Sian lak tengok die kene angkat beg besar sorang-sorang. Ok so rumah aku dah tinggal 3 orang.

U pass aku tak sampai-sampai rumah lagi. Esok aku dah nak pergi kerja tapi macam kene jalan kaki pagi-pagi bute je. Tengoklah kalau aku rasa tak rajin nak jalan aku naik bas jugak walaupun rasa tak worth. Ataupun maybe aku tak pergi. Best gak dok umah pagi-pagi sengsorang. Boleh tido.

Aku tak tau laa korang tapi aku selalu rasa macam nak something tu. Pastu bila dah rasa nak dapat dah macam tak best sangat pulak sebab tak challenging. Tapi bila tak dapat rasa marah,geram,sedih etc. Contohnya masa aku mula-mula try masak dulu. Rasa cam susah tapi sekarang ni aku dah boleh bantai jer. So dah tak rasa thrill sangat sebab dah reti. Tapi kalau aku tetibe benda yang aku masak tu tak jadi nanti aku sedih lak sebab penat jer buat tapi takde hasil.

Tadi housemate aku tengok buku organic chem. Hmm...macam susah giler jer. Tak tau aaa tu diorang yang cakap sebab aku memang tak nak tengok lagi buku pelajaran sampai laa dah dekat-dekat nak start class nanti baru aku tengok buku balik.

Aku rasa lately ni perangai aku makin pelik pulak. Ntahlaa aku rasa biasa jer and ok jer tapi kalau aku analyze balik memang tak sama macam perangai aku dulu. For better or for worse.

Oklah ye. Aku rasa macam nak gi tido jer sebab esok nak keje (hopefully). Au revoir.

Aiza



  posted by aiza farina @ 9:55:00 PM


Tuesday, May 28, 2002  

 
Alo...tadi aku pergi Rosedale. Teman housemates aku gi window shopping. Penat lagi nih.

Esok Aernie dah nak gi Purdue. Nanti rumah aku tinggal 3 orang. Kurang sorang dah nanti nak layan aku merepek. Pastu nanti Arra pulak balik rumah. Pastu summer sem pon start. Busy2 kan diri sket. Pastu zura pulak gi travel. Zura balik. Arra balik. Aku? Oh ye sepanjang masa tu aku dok lepak kat sini takde kerja buang masa. And lepas habis zaman lepak aku bermulalah satu lagi semester yang mencabar.(pada aku aaaa)

Lupe lak satu event, nanti junior datang. Aku harap tak aaa ramai sangat sebab kalau ramai nanti tak best. Dah laa jadi kampung melayu, junior tu pon susah nak kenal sebab dah ramai sangat. Pastu nanti boleh je nak tetibe nampak muke orang yang ko tak pernah nampak walaupon dah habis satu sem.

Esok aku tak pergi kerja sebab aku malas. Aku nak dok umah diam-diam dengan tenang.

Kenapa ade sesetengah orang yang tak suka berbaik-baik. Aku heran sangat dengan benda ni. Kadang-kadang something tu dah lama pon tapi still ada orang yang tak boleh forgive and forget. AKu tau susah tapi at least give it a try aaa. Susah betul nak faham orang nih.

Oklaa. Takde benda dah nak cakap. Au revoir.

aiza

  posted by aiza farina @ 5:41:00 PM


Monday, May 27, 2002  

 
alo.....hari ni tak tau nak buat ape. Bosan gak dok rumah. Oh ye sekarang ni aku dah berjaya sket mengamalkan cara hidup sihat. Aku dah rajin sket exercise petang tapi jadi makin banyak makan. Akibatnye same je laa. Bakar lemak dan tambah balik lemak tuh.

Aku rindu makan nasi lemak yang betul-betul. yang bungkus dengan daun pisang dan sedap.

Sekarang ni tengah cuti sekolah. Jelous nye adik-adik aku dapat jumpe sama-sama tapi aku takde. Sedih gak aa. Rasa terasing lak aku. Hm..takpe. Insya Allah winter nanti aku balik mesia..bestnye kalau jadi.

OKlaa. Aku pon tak tau sebenarnye nak update ape. Au revior.

Aiza

  posted by aiza farina @ 1:54:00 PM


Saturday, May 25, 2002  

 
hi....hari ni aku dok umah jer lepas balik kerja tadi. Tak buat ape-ape pon. Bosan betul menghabiskan masa cuti tanpa aktiviti ape-ape.

Benda yang aku buat kalau bosan:
-pegi tengok tv, kalau takde cerita best pergi korek tape yang ade dalam laci tu and tengok video.
-tido
-makan
-masak
-online, pastu pegi message orang yang boleh diajak berborak
-surf,main games etc.
-buat benda yang berfaedah sket.

Pernah tak rasa kosong je hidup kite ni. Kadang-kadang aku rasa camni without any reason. Tapi kalau rasa camni just remember that our family will be there for us, and yang paling penting Allah is always there for us. Remember this and we won't feel lonely.

Rindunye nak balik m'sia. Dah lebih sepuluh kali dah aku cakap nih.
Masa kecik dulu aku suka naik buaian kat depan rumah dengan adik aku. Pastu nanti adik aku tidur atas buaian tu and aku angkat bawak masuk rumah. Tapi kalau adik aku tidur atas aku kene panggil mak/bapak aku angkat masuk rumah.

Dahlaah. Kene tido nih. Adios.

Aiza

  posted by aiza farina @ 10:02:00 PM


Wednesday, May 22, 2002  

 
hi...hari ni aku gi kerja. Man, banyak giler kerja tadi..penat gak aaaa.

Hari ni aku tak tau nak tulis ape. Kawan-kawan aku yang amik a level sumer tengah periksa. So..all the best aaa.

Biler laa agaknye baru aku dapat travel keluar dari minnesota ni lagi. Hari tu jer laa sekali aku pergi madison. Memang best pergi berjalan. Tapi rasanye summer ni macam aku dok terperap jer kat sini. Tapi minneapolis pon cantik jugak.

Biasanya aku call rumah dua kali seminggu. Tapi tak tau laa sekarang ni macam mane sebab pagi time aku selalu call tu aku tengah kerja. Kalau masa bukan cuti aku selalu ponteng so dapat laa call rumah.

Hmm...lampu dapur rumah aku dah menyala balik. Boleh laa korek dapur tengah-tengah malam.

Dari aku tulis crap ni baik aku gi tido. Esok nak gi kerja. Adios.

Aiza

  posted by aiza farina @ 9:38:00 PM


Tuesday, May 21, 2002  

 
alo...tadi pergi lake calhoun..heh..memang best. Sesekali kene jugak pergi tempat yang cantik dan tenang. Menikmati keindahan alam. Best...best walaupon tak dapat naik canoe pasal air tasik tu tadi bergelora.

Esok dah kene kerja balik. Hmm...malasnye nak pergi. Tapi yelah dah janji dah dgn rob (supervisor) yang nak kerja masa summer. So kene pergi laa juga. Dah lama dah tak pergi kerja...more than two weeks. Giler aaa nasib tak kene fire..hehe.

Sekarang ni musim semua orang balik malaysia. Sayu pulak rasanya bila orang semua balik and takde sape dah nanti kat sini. Rasa macam masa dekat sekolah dulu atau ppp biler semua orang dah start balik2 and aku jer tinggal kat sekolah (pasal bas aku lambat lagi or aku ade band practice, competition, or certain occasion yg kene balik lambat). Sedih weh. Aku tak tipu....

Dulu selalu kutuk sekolah aku and tukar nama jadi Sekolah Agama Tentera Sukan Tun Fatimah. Aku tak tau laa sangat sekolah lain camner. Tapi rasanye takde lagi aku dengar sekolah yang setiap pagi buat senaman pagi dengan baju sekolah and kasut yang ade heel. Pastu dorm yang tak kemas kene lari tennis court dengan baju sekolah tuh. Riadah pagi almost every Sabtu yang kene lari quarters. Pastu kene pakai tudung masa prep yang color cream/putih sahaja and tak boleh ade kerawang/manik pon. Kelas mengaji every Sunday. Banayk lagi aa..ape ntah.Ingat2 balik memang kelakar. Priceless experience huh.

Tadi tengok cerita Sleepless in Seattle. Die ade mention pasal destiny(in love). Now talking about destiny, I do believe yang jodoh tu ada. Tapi macam mana kita nak tau tu aku tak tau aaa. And mana nak cari, bile semua aku tak tau. I have zero knowledge in this field. Tapi aku ade dengar yang setiap orang tu ade 7 jodoh but not necessarily we'll get to find all. Tak tau laa sumber ni sahih ke tak.

Ok kene tido awal sikit. Esok nak pergi kerja...hopefully. Adios.

aiza


  posted by aiza farina @ 10:18:00 PM


Sunday, May 19, 2002  

 
hi...it has been quite sometime since i last updated this thing. Ok sekarang ni dah habis finals. Alhamdulillah. Although the suspense of getting the results is not over yet but at least dah ringan sikit kepala.

Sekarang ni semua orang sibuk nak balik m'sia i guess. So here i am sitting in front of this dumb computer, writing blogs and regretting my early decision of not going back home. Nothing else planned for this summer except for the coming summer session, kerja sket and going nowhere. Stupid me...

Apa nak buat ye dah habis final. Hmm...well first thing is buang sampah yang dah menimbun tu. Since musim periksa ni satu rumah aku dah mula belajar buat something yang practical tapi dulu tak pernah buat: minum air paip. Senang weh hidup tak payah masak air kat rumah.

Pernah rasa yang kite buat something yang bodoh and tak patut tapi kita buat jugak.

Aku sekarang nak cuba mengamalkan gaya hidup sihat. Ni sihat physically laa. Sihat dalaman(jiwa) tu lain caranya. Ni aku nak tido dan makan yang cukup(tidak lebih) dan pergi bersenam dan tidak membuat benda-benda merepek.

Kalau nak buat something kene ade mood. Kalau takde mood kerje tu boleh jadi tapi tak mendatangkan hasil yang memuaskan.

Ok lah ye. Adios.

aiza

  posted by aiza farina @ 10:10:00 PM


Friday, May 17, 2002  

 
hi..it's monday. Aku baru abis final calculus siang tadi. So guess what..i'm not in a good mood okay.

Sebenarnya ade banyak benda dalam dunia ni yang aku tak puas hati. Nope. That's too general. Ada banyak benda benda dalam life aku yang aku tak puas hati. Then aku boleh je nak cakap "Yelaah kita manusia memang tak pernah bersyukur". True but deep inside somehow mesti rasa tak puas hati tu still ada lagi. Banyak.

Biasanya kalau lepas aku cakap something then aku counter balik apa yang aku cakap tu. Tapi tu sebab nak pujuk hati jer. In reality, kadang-kadang aku rasa aku deserve something tu tapi tak dapat jugak. So memang gile nye frust. Ni aku tak tipu aaaa. And aku rasa sepanjang aku hidup ni dah banyak dah aku pujuk diri aku.

Malam ni aku bengong agaknya. Ni bukan pasal test jer. Ada lagi benda yang aku....ntahlaa. Can't put it in words.

Sekarang tengah sakit kepala tapi banyak belah kanan. Masa tengah jawab paper tadi pon sakit kepala masa last one hour tuh. Giler aaa. All this while i thought math gune otak belah kiri. Apsal otak kanan aku lak yang penat. Die penat sebab tak kene gune kot. Tak pon pasal aku banyak pakai creative thinking jer masa jawab calculus.

Dahlaa...nak buat benda lain. Adios.

aiza

  posted by aiza farina @ 9:55:00 PM


Monday, May 13, 2002  

 
alo....dah ahad dah rupenye. And ape agaknya aku dah prepare for the coming finals. Uhmm...oh yes...dah bace sket2 calculus... ada lagi a few chapters yang kene habiskan by malam esok. Ade paper 4 jugak lagi.

Bila dekat ppp baru aku perasan yang aku sebenarnya suka bercerita. Ke sifat tu baru develop masa kat ppp?

i don't mind about being a unique person or not. I just think that kite kene buat apa yang rasa macam sesuai dengan diri kita. Even if it means that you'll just be a damn plain boring person. Oh i don't mind being a boring person either.

However,(rasa mcm lecturer english aku lak)sometimes people just have to be a hypocrite. Yes, maknanya ko cube tunjuk what's not you. And pada aku menyorokkan perangai sebenar bkn act of hypocracy but showing others a fake image is one example.

Sekarang ni semua orang dah tido. Aku je belom lagi. Apa? Rajinnye aku. Aku tengah buat kerja lain bukan study bkn buaty paper bkn apa2 yang berfaedah. Lagha.Btw bukan chat jugak. Tapi yelah kan buat benda lagha ni mmg tak mengantuk cube kalau bukak buku ke apa. Serta merta mata jadi pedih and pastu mulut pon menguap.

Kan best kalau boleh dapat result best tak yah study. But again, dalam dunia ni kita tak boleh dapat benda senang2 jer. Nanti kita tak appreciate benda tuh. Ayat yang bapak aku guna kalau aku komplen ape2.

OKlah, kene study jugak. Nanti menyesal tak abis. Adios.

Aiza

  posted by aiza farina @ 1:12:00 AM


Sunday, May 12, 2002  

 
alo...ni patutnye semalam punye entry but I was so tired yang tak lama after balik rumah from "majlis bacaan yassin" kat elmwood terus tido. Well, yesterday was my last class for the semester...at last.

Now this semester is so tiring, kelam kabut laa gak aku kalau nak compared to last sem. Tapi still ada finals lagi and ade english paper 4 due monday yang tak start lagi.

Sekarang tengah sakit kaki pasal semalam kononny gi jogging tapi tak stretching so ni lah akibatnye...haha..kata dah lama tak main apa-apa.

Cacing kat sidewalk dah hilang dah semua. Yang mati pon dah hilang kene sapu kot.

Aku pernah discuss ngan Aernie yang back the when I was in stf, i used to break small rules tapi banyak. But die kata maybe aku je yang rasa rules tu kecil. Maybe someone rasa aku tetap suke break school rules and banyak pulak tu. What's the purpose of telling this? Ok sebenarnya nak cakap yang benda yang kita rasa macam small petty things tu boleh jadi one big issue for someone else. Just kita realize ke tak je.

I don't really like people yang rasa they are always right. Sometimes someone tu boleh je rasa yang dia tu baik and that other people are not. Lepas tu dia start kutuk orang yang dia rasa tak baik tu. Think about it....

Ok ok...tak boleh lama ni. Kene study for my calculus and it's my turn to make breakfast. Adios.

aiza







  posted by aiza farina @ 7:24:00 AM


Saturday, May 11, 2002  

 
alo...relak kejap. Pening dah kepala aku. Semua tak ingat ape aku belajar ntah boleh lupe aaa....teruk tul.

Malam-malam macam ni memang best kalau dengar lagu yang slow,jiwang pon takpe pastu buat calculus..hahaha. Lagu win of change yg die combine dengan philharmonic orchestra tu memang best.

Esok ade party kat tempat kerja. Tapi aku tak pergi sebab sepanjang minggu ni tak pergi kerja, minggu lepas pon tak pergi langsung. Segan lak...bila party ade kalau tak tak payah.

Setelah sekian lama aku cari satu lagu jepun tu aku jumpe gak akhirnya...best best. Kalau ade yang berminat tajuk die love love love- dreams come true.

Dah nak finals ni makin pening aku. Rase macam hidup tak terurus...hahaha...takpe lagi seminggu jer pastu aku nak lepak kat lake calhoun yang best tuh.

Bias tu something yang normal. Kalau kita baca article ke mesti kita lebih bias kepada yang membawa kepentingan dekat kita (dilema class english). Pastu perasan tak kalau ada 2 orang buat benda yang sama boleh jer sorang tu kita tak suka and sorang lagi kita sua or rasa cool ke ape. Tak? Tipu aaa. Aku tau sume orang mesti ada sikit berat sebelah.

Ok aa kene study balik. Adios

aiza





  posted by aiza farina @ 10:58:00 PM


Thursday, May 09, 2002  

 
hi....hari ni kat campus penuh cacing...die keluar dari tanah pasal semalam hujan. Pastuh dekat sidewalk tu sume banyak cacing mati ada gak yang hidop. Teruk laa camni... kalau hujan jer cacing kuar. Last2 u aku jadi u cacing.

Esok aku nak gi study. Ni semangat nak finals kene berkobar-kobar sket. Tengoklah sampai mana boleh bertahan.

Tadi last class english writing. Sedih lak rasanya masa lecturer aku bercakap tadi. Memang best aa gak class tu (walaupon sebenarnya bosan tapi bila dah takde sume jadi best) tapi memang banyak kerja laaa....

Lamanya lagi baru nak winter weh...aku nak balik malaysia. Rindu gile aaa. Lamanya lagi....

Aku sampai besar gaduh tendang-tendang lagi ngan adik laki aku (taklaa sampai ppp). Pastu nanti kalau dia kene marah aku jugak yang backing die. Hmm...aku memang tengah rindu nak balik rumah nih.

Kenapa orang kene pikir ape yang orang lain pikir kalau die buat/tulis/cakap something tuh. Kalau tak fikir tak boleh ke?

Orang yang baik takkan cakap die baik tapi die takkan cakap die jahat jugak kot. Tapi ade jugak orang yang baik ngaku jahat pasal jahat nampak lagi happening(apelah salah konsep nih). And aku rase kadang-kadang die kene gak ngaku die baik kalau nak self defense.

Oklah ye. Dah lambat nih. Kene study tak pon kene tido. Sayonara.



  posted by aiza farina @ 12:55:00 AM



 
alo malam ni aku tak tau nak update ape. Dah lama gak tak update eh.

Aku tengah takde mood. Aku jugak tengah sedih sikit tapi lama-lama ok lah tu kot. Macam mana aku tau? Alaa kita biasanya kan boleh tau diri sendiri tu macam mana. Tapi kadang-kadang tak gak.

Ade orang cakap dekat aku jangan percaya dengan multu manis lelaki sebab lelaki ni macam ular yang bisa...hmm...betul laa tu.

Hari ni first time aku makan masak kurma takde santan. Sedap aa gak. Not bad...:)

Aku rasa aku dah pernah tulis dah benda nih. Setiap benda yang berlaku tu ade hikmahnya. AKu rasa sumer orang pon dah tau. Tapi sebab aku tengah sedih aku kena tulis lagi sekali supaya aku percaya dekat ape yang aku tulis tuh(reminder).

Missnya family aku, umah, sedara mara, m'sia, kawan-kawan, food kat m'sia yang sedap2. Lamenye lagi aku nak balik..arghhh....

Tak sabarnye nak habis sem. Aku rasa dah banyak kali dah aku tulis benda nih. Mesti korang sumer dah tau yang aku memang tak sabar nak habis sem. Nak buat camner aku ni bukannya penyabar sangat.


OK laa..dah takde bende nak tulis. Adios.

-aiza-

  posted by aiza farina @ 11:28:00 PM


Monday, May 06, 2002  

 
alo..malam ni ade dinner msa. Pastu ada silat nasyid sumer ape ntah lagi.

Blog yang paling selalu aku datang sekarang blog uiuc pasal aku main pacman kat situ...best best.

Sebenarnya aku tengah bosan so tulis blog padahal takde bende pon nak tulis. Hari ni rumah aku takde air panas. Susah betul laa nak basuh tagan, makanan ke basuh pinggan ke. Beku tangan aku.

Bile la nak abis sem nih. Dah tak larat dah nak study (macam ye jer). Tapi serius dah tak larat nak buat homework laa..paper laa..test ke paper..final lagi...arghhh...pengsan laa aku camni.

Later laa aku sambung...tu pon kalau larat..hehe

Ok aku sambung...balik dinner msa nih. Dessert die best giller tadi. Aku bawak balik belon 2 biji. Ade sekarang ni kat ceiling rumah tu.

Pengajaran yang aku dapat tadi: Kalau kita dah buat satu keputusan tuh, jangan bertukar-tukar macam lalang. Once kite dah buat satu decision tu proceed jer. Tawakal laa lepas tu biar ape yang kita dah buat tu berjaya(penting untuk org macam aku nih).

Katalah kau buat something yang pelik tapi maybe practical (biasanya berkaitan dgn dapur) nanti mesti ade kawan ko yang cakap ni macam mane kalau depa mak mentua nih. Dah lama dah aku rasa pelik dgn ayat tuh. Mak mentua tu macam jahat sangat jer. Pastu satu lagi kite ni hidup pasal nak impress orang jer ke? Pada aku aku tak kisah pon orang impress ke tak dengan apa yang aku buat. Asalkan aku puas hati dah laa...kalau aku tak puas hati pon tapi aku suke buat camtu aku buat jer..asalkan orang tak kutuk aku dahlaa, pasal kesian lak aku kat orang tu nanti pahala die dapat kat aku walaupon aku memerlukannya(ni aku konon baik laa aku ngaku..hehe)

Kaylah...nak buat bende lain. Adios

aiza





  posted by aiza farina @ 2:30:00 PM


Saturday, May 04, 2002  
Powered By Blogger TM