aiza  

this is my first web page..tak reti sangat pon..n'way aku try jer laa dulu macam mana pon.


 
ok...12 sharp...so kire aku tak terlambat start aaaa.....tapi abis kire esok juga laa still.Hari nih aku pegi tgk movie cerita panic room. Best.Tapi certain orang tak suka cerita camtuh...yang terkejut-terkejut. Aku tak berape suke pegi shopping complex yang besar-besar macam mall sebab nanti aku pening. Aku prefer tempat yang tak besar sangat and nice macam kalau dekat m'sia aku prefer pyramid dari klcc atau mid valley.

Walaupon aku sangat tension dan bermasalah aku selalu rasa masalah tu reda sikit bila dah cakap dengan parents aku atau adik aku. Pada aku family adalah something yang memang takde ganti laa.

Korang pernah tak tetibe je rasa down? Macam kadang-kadang tu takde sebab pon tapi rasa sedih and moody, senang terasa and so on. Mak aku kater biasanya kalau tido petang memang bila kita bangun boleh je nak jadi camtuh. Lagipon kan tak baik tido petang (tapi aku buat jugak).

Aiseh...dah takde idea lah. Aku suka baca komik jepun esp penyiasat remaja. Aku suke initial D sebab pada aku cerita macam tuh inspiring. Bukannya bermakna die influence orang bawak kereta laju-laju ke ape tapi spirit yang ada dalam diri orang tuh macam best aaaa. By the way, aku memang suka bace atau tengok bende yang ada competition seperti slam dunk, juara bola keranjang, intial D, bring it on etc sebab masa tu memang clear la yang kita memang tak boleh hidup sorang-sorang dalam dunia nih. Team spirit tu penting. Pengetua sekolah aku pernah sebut "no man is an island" masa assembly sebab dia nak bagitau betapa pentingnye kita berkawan-kawan.

Aku miss buat bende-bende merepek yang aku pernah buat masa dekat sekolah and ppp. Kesimpulannya aku memang suka merepek tak kire dari segi perbuatan, percakapan atau penulisan. Kalau takda point pon aku boleh jer nak goreng ape-ape tapi semua crap. Teruk betul

Masa dekat sekolah dulu aku belajar french for four years tapi last-last aku end up tau a few sentence je seperti je ne comprend pas yang maknanya saya tak faham ataupon je parle francais en peu( saya cakap french sikit-sikit)

Ok aku nak pegi tido lah. Au revoir.

-aiza-

  posted by aiza farina @ 10:52:00 PM


Saturday, March 30, 2002  

 
hmmm..penat aku tulis panjang berjela pastuh hilang lak. So aku pon dah tak tau laa nak tulis aper
Mase aku kat sekolah dulu pon camnih. Aku rajin tulis surat kat orang tapi aku malas pos. Pastuh bila tak pos, memula tuh 2-3 hari..pastuh aku dalay sampai seminggu pastuh cerita tu pon dah basi. Last-last aku pon buang je surat aku tuh. Tak pon aku simpan kat dalam writing pad tuh sebab malas nak koyak buang.

Aku sebenarnya penakut. Aku selalu takut nak pegi bilik air sorang-orang kalau tengah malam. TApi aku tak kejut kawan aku teman sebab aku ada dengar cerita yang ada orang kejut kawan die tapi tu sebenarnya bukan kawan die. Jadi untuk mengelakkan bende-bende camni aku pegi jer sengsorang. Aku selalu rasa malaikat tu baik. Since kecik lagi kalau aku takut pon aku selalu ingat yang ada malaikat kat kiri kanan and aku rase yang malaikat tu protect aku.

Oh ye...bal suruh aku kutuk orang yang aku tak suke. Masalahnya aku takde pon tak suke orang tapi generally ade laa sifat-sifat yang aku tak berape suka seperti:
1) selfishness-nie memang aku tak boleh tolerate laa
2) aku tak suke orang yang sangka bagus and macam die je yang betul. Ade certain orang tu macam kalau die cakap die betul pon main-main jer(takpe). Ni kalau oarang tuh mmg seriously macam bagus.
3) orang yang rasa macam dia happening pon tak best gak
4) aku juga tak suke orang laki yang control tak ingat pastuh rasa die macho. Sangat tak menarik. Lagipon cam bosan aaa.
5) pastuh aku rasa cam tak best sgt kalau orang tuh insensitive sangat. Macam dia kisah ponkalau dia sakitkan hati orang ke aper.

ikhwan-kun says:
aku happy go lucky la
ikhwan-kun says:
suka senyum lagi---->ye ke???apsal aku tak pernah tau pon??

Heh..oklah..aku pon dah abis cerita. Au revoir.

-Aiza-


  posted by aiza farina @ 1:08:00 AM



 
argh......aku rase cam nak nangis jer....tolong aaaa wei...ade ke paper english tuh nak antar esok malam ni aku terkial-kial lagi nak buat. Pastu tak reti pulak tuh. Pastuh ade banyak lagi bende nak kene buat...bace source sumer, paraphrase lagi, tulis essay tuh sendiri lagi, argh......geramnya. memang lah salah aku tapi takkan lah sampai teruk camni jadinya. Nampaknya malam ni aku tak tido kot. Esok pon maybe aku ponteng lecture calc ngan chem. Aku pon tak tau lah. Dahlah mengantuk pulak tuh. Tadi aku dah curi-curi masa dah pegi tido kejap, tapi mengantuk lagi. Takpe aku try tahan mate aku nih.

ok nanti aku sambung balik biler aku dah tak larat buat essay...

Akhirnya...dah siap pon essay aku. Tapi ade lagi nak kene edit sket and kene buat page citation. Kononnya nak update hari khamis ni dah pagi jumaaat dah ni pukul 6.25 pagi. Confirm aaa aku escape class calc hari nie. Tak larat dah la. Tapi sekarang ni aku tak mengantuk sangat so boleh sambung update kejap.

Lepas ni aku nak call rumah dulu baru tidur. Rindu dekat parents aku...tapi depan diorang aku jarang lah cakap. Aku pon tak tau apsal aku susah nak cakap kat parents yang aku rindu diorang ngan adik-adik aku sumer. Mase mula-mula masuk sekolah dulu aku homesick dekat nak sebulan sampai aku call rumah kata aku nak balik jer...tukar sekolah kat KL yang dekat dengan rumah aku. Kata tak pernah jauh dari family. Tapi aku tak bagitau lah yang sebab utama aku nak balik tuh pasal aku rindu. Macam-macam alasan aku kasi..penat, senior tak best, garang, kawan pon tak best, kene bangun pukul 5 pagi sebab kalau lambat nanti bilik air penuh etc. Pastuh sampai senior yang masa tu form 2 pegi pujuk aku biar jangan balik pindah sekolah. Biasanya aku akan nangis mase after offlights sebelom tido dengan masa dalam shower pagi-pagi.

Aku heartless mase kat sekolah dulu. Aku pon tak tau tapi tu yang ramai orang bagitau aku lah esp juniorlah paling ramai yang rase aku heartless. Pastuh aku blur jugak tapi aku rase sifat blur aku tuh macam kekal sampai sekarang jer.

Biasenye aku boleh baik dengan orang yang mempunyai kaitan dengan aku sahaja eg housemates, dormates, ATU4, etc.

Ok dah pening dah kepala aku. Nak call dulu pastuh nak tido lah.




  posted by aiza farina @ 12:11:00 AM


Friday, March 29, 2002  

 
Tadi aku baru abis test chem....susah betul. Rasanya macam banyak aja yang salah. Tapi adalah lebih baik kalau aku tak pikir sebab kalau pikir nanti jadi pening. Lagipon aku tak siap lagi English Writing. Banyak betul kerja nak kena buat. Waktu-waktu macam ni teringat zaman dekat pp dulu. Heh memang banyak jugak kerja tapi masa tu kalau setakat homework fizik ngan latihan calc yang pandai-pandailaa nak buat tu memang aku tak buat lah. So terasa tak banyak sangat kerja macam sekarang.

Aku miss kolej Akasia yang color oren tuh. Rindu jugak dekat suma housemate. Mase awal-awal dulu kalau bosan-bosan nanti boleh duduk dengan housemate nyanyi lagu pastu atem main gitar and aku main ketuk-ketuk...hahaha. Tapi yang paling best masa summer sem la. Sebab hari-hari aku pegi lepak dekat umah atas pastu siap tido sekali kat situ. Pastu bercerita ramai-ramai and discuss bende-bende merepek yang tak masuk akal. Tapi dalam banyak-banyak tuh bende yang aku tak dapat lupakan adalah semasa kantoi tak pergi meeting blok pastu menyorok dalam bilik dgn keadaan yang gelap gelita takda lampu and kipas sumer pasal orang yang mengkantoikan kitorang masa tuh pegi cabut fius umah tuh. Aku juga rindu nasi lemak makcik bawah pokok and nasi lemak dekat 17. heh..banyak bende yang aku rindu rupanya termasuk lah bende-bende kecik macam ni and macam pergi pasar malam setiap hari Isnin.

Hari yang paling aku tak suka dalah hari selasa sebab ada lab chem. Last sem aku paling penat hari khamis sebab ada lab chem jugak. Kesimpulannya aku memang tak suka lab chem tapi konon nak amik chemical engineering. Aku pon tatau lah apa nak buat.

Sebenarnya aku dari kecil lagi bercita-cita nak jadi accountant and nak pergi study overseas. Tapi takde saluran pon untuk aku ambik accounting jadi aku pon ambik la ChemE dan dapat jugak study dekat overseas. At least satu cita-cita aku dah tercapai. Ada banyak lah lagi cita-cita/angan-angan aku tapi kalau aku cerita nanti panjang sangat and bosanlah pasal ada antaranya yang tak tercapai. Tapi ada yang memang merepek pon macam aku teringin nak terbang tanpa menggunakan apa-apa alat/kenderaan seperti kapal terbang, belon udara dan sebagainya. Aku just merasa terbang kalau dalam mimpi aja. Itu pon kadang-kadang.

Tasi aku dah stop jap tulis bende nih. Ni aku sambung balik. Actually aku baru bangun tido nih, dah pukul 3.25 pagi tetibe teringat lak kat essay english aku yang tak siap lagi. Arrgh....sebab hati aku tak temteram aku pon bangun la walaupon tengah ngantuk untuk menulis essay tuh. Aku tak suka tulis essay in English. Kalau aku tulis apa2 aku suka guna bahasa melayu walaupon bm aku tu sebenarnya berterabur. Aku tak tau la apsal tapi pada aku lagi senang aku nak meluahkan idea dalam otak aku ni guna bm. Lagipon pada aku ada certain perkataan dalam english yang tak boleh membawa maksud yang sama dengan bahasa melayu. Contohnya kalau aku kata hati aku sedang berduka lara. Kalau aku guna simple english nanti aku cakap i feel sad atau i'm in a state of great sadness( ni ayat nanim). Kan maksud die tak sama tuh. Sadness tu tak cukup strong untuk menggantikan perkataan berduka lara tuh. Ke aku je yang rase camtuh? Maybe one reason pasal english aku pon tak best kot..hahaha...apa2 lah.

ok dah abis dah. Aku nak pegi buat essay pastuh sambung tido balik....





  posted by aiza farina @ 6:55:00 PM


Wednesday, March 27, 2002  

 
hmm...actually tadi aku dah update dah sekali. Tiba-tiba terhilang pulak. Abis dah idea aku. Lagipon mana best nak tulis benda yang sama dua kali.

Esok ada test chem yang susah. Pening la nak baca. Dah tak larat dah. Tapi masalahnya larat ke tak, i don't have any choice. Yelah takkan la nak kantoi free jer. At least study and try buat elok-elok. Berbaloi lah jugak.

Kalau aku ingat balik masa zaman dekat sekolah dulu, kalau orang tension macam ni mostly ramai yang keluarkan ayat macam ni "eii...penatnya nak study, tak nak laa belajar dah...baik kawin jer..". Ramai lah jugak yang pikir macam tu kalau rasa tak larat kahwin. Tapi cuba fikir betul-betul. Senang ke kahwin tu? Sampai ramai yang anggap kahwin tu sebagai jalan keluar dari masalah nak kena study sedangkan kalau kita kahwin pon still ada banyak lagi tangungjawab. Meaning that kena betul-betul bersedia dulu kan.

Lepas tu ramai juga orang tension masa nak test sebab tak habis belajar. Banyak lagi tak cover. Contoh yang paling dekat adalah diri aku sendiri. Tapi kalau dah tau macam tuh kenapa tak nak study awal-awal. Kenapa kena last minute jugak baru nak buka buku? heh...jawapannya ada dalam diri individu tu sendiri. Kalau macam aku, study last minute ni bagus sebab masa tu baru ada focus yang tinggi sebab ada pressure. Kiranya kalau bukan masa nak test nak baca satu chapter tu ambil masa 2-3 hari. Kalau masa nak test boleh baca sekejap aja. Still sekejap tu kalau salah budget tak sempat jugak nak habiskan...hahaha.

Memandangkan hal sebegini mempunyai kebarangkalian yang besar untuk terjadi kepada aku, lebih baik aku gi study sekarang. Wish me all the best=).
Adios.

-Aiza-

  posted by aiza farina @ 7:59:00 PM


Tuesday, March 26, 2002  

 
oh...ni laa bendenyer blogger nih...baru first time aku tengok bende camnih....tu pon ikhwan yang bagitau...menarik gak aaaa....

Sekarang ni dah pukul 3.30 pagi, dah lambat dah ni tapi aku tak tido lagi. Nasib baik siang tadi ade tidur kejap. Esok ada class pulak tuh, malas betul laa nak pergi. Siang tadi dah ponteng class chem dah...hehe..

Hari Rabu ni ada test chemistry. Tak tau laa camner. Study pon tak abis lagi ni. Takutnyer nak test.

okla.. ni nak test jer..mengarut ajer aku nih.

-Aiza yg tgh pening-

  posted by aiza farina @ 1:36:00 AM


Powered By Blogger TM